Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Apple iPhone yang pertama kini berusia 15 tahun

Apple iPhone yang pertama kini berusia 15 tahun 5
Telefon pintar pertama daripada Apple iaitu iPhone telah diperkenalkan secara rasmi oleh Steve Jobs kira-kira 15 tahun lalu di Macworld Expo. (9 Januari).

iPhone yang pertama ini adalah sebuah peranti yang memiliki skrin paparan LCD berukuran 3.5-inci, satu butang Home, cip pemprosesan Samsung dan satu kamera 2MP.

Apple iPhone yang pertama kini berusia 15 tahun 6
Telefon pintar daripada Apple ini dikatakan telah merevolusikan bagaimana sebuah telefon pintar harus berfungsi dengan skrin paparan sentuh tanpa papan kekunci yang lebih interaktif.

Di pentas itu, Steve Jobs berkata bahawa iPhone ini sebagai produk 3 dalam 1 iaitu iPod dengan kawalan sesentuh, sebuah telefon pintar dan alat komunikasi Internet.

15 tahun kemudian, Apple telah mengumumkan bahawa kini terdapat 1 bilion iPhone yang aktif digunakan dan syarikat ini juga telah diumumkan sebagai syarikat pertama dunia untuk mencapai nilai $3 trillion.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.