Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

iQOO 9 Pro kini rasmi dengan skrin OLED 2K+ dan Snapdragon 8 Gen 1


Anak syarikat vivo iaitu iQOO secara rasminya telah melancarkan telefon pintar flagship terbaru iQOO 9 Pro yang juga disertai dengan satu edisi khas iQOO 9 Pro BMW M.

iQOO 9 Pro hadir dengan skrin paparan ‘curved’ LTPO 2.0 berukuran 6.78-inci dengan kadar segar semula 120Hz dan kecerahan maksima 1,500nits. Ianya adalah panel QHD+ dengan resolusi 1440×3200.

Pada bahagian kamera, iQOO 9 Pro memiliki sensor utama 50MP Samsung ISOCELL GN5 yang mempunyai OIS dan aperture f/1.75, sensor ultrawide 150° 50MP dan sensor telefoto 16MP yang menawarkan 2.5x zoom. Kamera selfie adalah 16MP f/2.45.

Menguasakan telefon pintar Pro ini adalah cip Snapdragon 8 Gen 1 yang disertakan dengan 8GB atau 12GB RAM dan storan dalaman UFS 3.1 sehingga 512GB.

Beralih ke bahagian bateri, iQOO 9 Pro hadir dengan bateri berkapasiti 4,700mAh yang menyokong pengecasan pantas 120W (0-100% dalam 19 minit) namun ianya juga disertakan dengan pengecasan tanpa wayar 50W dan 10W reverse wireless charging.

iQOO 9 Pro juga hadir dengan antaramuka OriginOS Ocean yang berasaskan Android 12.

Berikut adalah harga iQOO 9 Pro :

iQOO 9 8/256GB – CNY 4,999 (RM 3,287)

iQOO 9 12/256GB – CNY 5,499 (RM 3,616)

iQOO 9 12/512GB – CNY 5,999 (RM 3,945)

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.