Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Redmi K50 Series akan dilancar pada Februari dengan Snapdragon 8 Gen 1 dan pengecasan 120W


Selepas pelancaran Xiaomi 12 Series baru-baru, kini tiba giliran satu lagi jenama milik Xiaomi iaitu Redmi memperkenalkan telefon pintar flagship mereka iaitu Redmi K50 Series.

Akaun Weibo Redmi juga telah mengesahkan bahawa pelancaran Redmi K50 Series akan berlangsung pada bulan Februari dan bersama pengesahan ini, beberapa spesifikasi utama telefon pintar ini juga telah didedahkan.

Redmi K50 Series telah dijangka akan hadir dengan pemproses Snapdragon 8 Gen 1 dan sistem penyejukan Dual VC.

Selain itu, Redmi K50 Series juga memiliki bateri berkapasiti 4,700mAh dengan pengecasan pantas 120W yang membolehkan bateri ini dipenuhi didalam masa 17 minit sahaja.

Akhir sekali, Redmi K50 Series dijangka akan terdiri daripada beberapa model dan kita mungkin menyaksikan pelancaran Redmi K50 dan Redmi K50 Pro.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.