Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

realme GT 2 dilancar secara rasmi dengan Snapdragon 888 pada harga lebih murah

realme GT 2 juga dilancarkan bersama GT 2 Pro dan ianya tampil dengan reka bentuk yang sama seperti model yang lebih premium.

realme GT 2 Pro kini rasmi Snapdragon 8 Gen 1 dan skrin AMOLED 2K 120Hz

realme GT 2 hadir memiliki skrin paparan AMOLED berukuran 6.62-inci dengan kadar segar semula 120Hz dan resolusi FHD+.

Beralih kepada cipset, realme GT 2 memiliki cip pemprosesan Snapdragon 888 dengan kapasiti RAM sehingga 12GB dan storan dalaman sehingga 256GB.

realme GT 2 juga memiliki sensor utama 50MP Sony IMX766 seperti GT 2 Pro namun ianya memiliki sensor ultrawide dan sensor makro yang berlainan dari model mercu itu.

Dalam pada itu, realme GT 2 juga memiliki bateri 5,000mAh dengan pengecasan pantas 65W (0-100% dalam 33 minit) dan antaramuka realme UI 3.0 yang berasaskan Android 12.

realme GT 2 juga ditawarkan didalam 4 pilihan warna iaitu Paper White, Paper Green, Steel Black dan Titanium Blue.

Berikut adalah harga realme GT 2 di China

realme GT 2  8/128GB – CNY 2,699 (RM 1,755)

realme GT 2 8/256GB – CNY 2,899 (RM 1,906)

realme GT 2 12/512GB – CNY 3,199 (RM 2,133)

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.