Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

realme GT 2 Pro kini rasmi Snapdragon 8 Gen 1 dan skrin AMOLED 2K 120Hz


realme secara rasminya telah memperkenalkan telefon pintar flagship terbaru mereka iaitu realme GT 2 Series dan terdapat dua model yang dilancarkan iaitu realme GT 2 dan realme GT 2 Pro yang tampil dengan cip Snapdragon 8 Gen1.

realme GT 2 dilancar secara rasmi dengan Snapdragon 888 pada harga lebih murah


Pada artikel ini kita akan memfokuskan kepada realme GT 2 Pro yang merupakan model mercu syarikat ini bagi tahun 2022 dan juga membawa gelaran peranti ultra premium flagship pertama syarikat ini.

realme GT 2 dan realme GT 2 berkongsi reka bentuk khas berasaskan bahan belakang polimer berasaskan bio yang memberikan rasa seperti kertas dan ianya adalab kali pertama digunakan dipasaran.

reka bentuk ini telah dibangunkan oleh Naoto Fukusawa bersama realme Design Studio yang menawarkan kekuatan struktur sama seperti bahan fosil namun lebih mesra alam.

realme GT 2 Pro tampil dengan skrin paparan LTPO 2.0 AMOLED berukuran 6.7-inci dengan resolusi QHD+ dan kadar segar semula adaptive 1-120Hz serta kadar pensampelan sentuhan 1,000Hz. Panel ini adalah 50% lebih cekap tenaga,sokongan 10bit warna, pensjilan HDR10+ dan lapisan gelas keselamatan Corning Gorilla Glass Victus.

realme GT 2 Pro hadir dengan pemproses Snapdragon 8 Gen1 yang dipadankan dengan kapasiti RAM sehingga 12GB dan storan dalaman sehingga 512GB.

realme GT 2 Pro hadir dengan dua sensor 50MP iaitu sensor utama Sony IMX766 yang mempunyai OIS dan 1.0µm piksel serta sensor ultrawide Samsung JN1 150°. realme GT 2 Pro juga mempunyai sensor mikroskop pada jarak sedekat 40x.

realme GT 2 Pro juga memiliki bateri berkapasiti 5,000mAh dengan pengecasan pantas 65W dan hadir dengan realme UI 3.0 yang berasaskan Android 12.

realme GT 2 Pro ditawarkan didalam 4 pilihan warna iaitu Paper White, Paper Green, Steel Black dan Titanium Blue.

Berikut adalah harga realme GT 2 Pro di China

realme GT 2 Pro 8/128GB – CNY 3,899 (RM 2,557)

realme GT 2 Pro 8/256GB – CNY 4,199 (RM 2,761)

realme GT 2 Pro 12/256GB – CNY 4,499 (RM 2,598)

realme GT 2 Pro 12/512GB – CNY 4,999 (RM 3,288)

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.