Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung Galaxy Z Flip3 5G edisi Sukan Olimpik Musim Sejuk kini rasmi


Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022 akan bermula tidak lama lagi di Beijing dan Samsung sebagai rakan penaja rasmi telah melancarkan Samsung Galaxy Z Flip3 edisi khas Olimpik.

Samsung Galaxy Z Flip3 5G edisi Olimpik ini hadir didalam kemasan warna Winter Dream White yang disertakan dengan kemasan berwarna emas pada rangka dan engsel.Pada bahagian belakang, terdapat logo Olimpik 2022 Beijing dan logo Samsung.

Samsung Galaxy Z Flip3 edisi Olimpik ini juga disertakan dengan wallpaper, ikon dan jam cover screen yang bertemakan Olimpik ini.


Samsung Galaxy Z Flip3 5G edisi Olimpik ini mempunyai spesifikasi dalaman yang sama seperti edisi biasa dengan 8GB RAM dan 256GB storan dalaman pada harga CNY 7,999 (RM 5,260) untuk pasaran China.

Buat masa ini masih belum ada maklumat sama ada Samsung Galaxy Z Flip3 5G edisi Olimpik ini akan ditawarkan di pasaran antarabangsa.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.