Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

realme GT 2 Series akan tampil dengan skrin paparan 2K LTPO AMOLED 120Hz dari Samsung Display


realme GT 2 Series akan dilancarkan secara rasmi pada 4 Januari ini dan semakin kita menghampiri detik pelancaran, lebih banyak maklumat mengenai telefon pintar ini mula diketahui.

realme telah mengesahkan bahawa realme GT 2 Series akan menggunakan panel skrin LTPO AMOLED berukuran 6.7-inci yang mempunyai resolusi 3216 x 1440 piksel dan kadar segar semula 120Hz. Skrin paparan ini juga telah menerima rating A+ daripada DisplayMate dan ianya juga dilapisi gelas keselamatan Corning Gorilla Glass Victus.

Mengulas lanjut mengenai panel skrin ini, naib presiden realme iaitu Xu Qi Chase juga mendedahkan bahawa panel yang dibekalkan oleh Samsung Display ini juga menyokong output 10-bit warna dan kadar pensampelan sentuhan 1000Hz.

Selain itu, realme GT 2 Series juga akan mempunyai sensor capjari terbina dalam skrin yang turut berfungsi sebagai sensor untuk membaca kadar degupan jantung.

realme GT 2 Series dijangka akan menampilkan tiga model iaitu realme GT 2 Pro, realme GT 2 Pro Master Edition dan realme GT 2 Pro Camera Edition.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.