Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Honor Magic V dijangka memiliki skrin paparan foldable berukuran 8.0-inci

Honor Magic V dijangka memiliki skrin paparan foldable berukuran 8.0-inci 7
Telefon pintar foldable pertama Honor iaitu Honor Magic V telah disahkan akan dilancarkan secara rasmi tidak lama lagi dan ianya akan hadir dengan reka bentuk fold melintang dan pemproses Snapdragon 8 Gen1.

Honor melalui akaun rasmi Weibo telah memuatnaik satu video teaser yang sedikit sebanyak mendedahkan reka bentuk, cover screen dan mekansima engsel yang dimiliki Honor Magic V.

Selain itu, panel skrin utama Honor Magic V kelihatan seperti tidak mempunyai sebarang potongan untuk kamera selfie namun tidak jelas samada ianya menggunakan sensor kamera dalam skrin atau tidak.

Honor Magic V dijangka memiliki skrin paparan foldable berukuran 8.0-inci 8

Honor Magic V juga mempunyai mekanisma engsel yang membolehkan peranti dilipat sepenuhnya tanpa sebarang ruang.

Honor Magic V dijangka memiliki skrin paparan foldable berukuran 8.0-inci 9

Dalam pada itu, cover display Honor Magic V dilihat akan mempunyai kamera selfie dibahagian tengah dengan saiz sekitar 6.5-inci manakala skrin paparan utama adalah 8.0-inci.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.