Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Maklumat kamera Samsung Galaxy S22 dan Galaxy S22+ telah didedahkan

Maklumat kamera Samsung Galaxy S22 dan Galaxy S22+ telah didedahkan 1

Kredit Gambar : LetsGoDigital

Maklumat kamera Samsung Galaxy S22 dan Galaxy S22+ telah didedahkan 2
Kredit Gambar : LetsGoDigital

Samsung Galaxy S22 Series dijangka akan dilancarkan pada awal tahun 2022 dan sensor kamera yang akan digunakan pada telefon pintar ini telah banyak kali disebut terutamanya mengenai sensor kamera Samsung Galaxy S22 Ultra.

Walaubagaimanapun, Ice Universe kini telah mengeluarkan maklumat kamera yang akan digunakan pada Samsung Galaxy S22 dan Samsung Galaxy S22+. Sensor kamera yang akan digunakan pada kedua-dua model ini adalah sama.

Sensor utama yang digunakan pada Galaxy S22 dan Galaxy S22+ adalah 50MP yang merupakan sensor 1/1.57” dengan 1.0 µm piksel dan aperture f/1.8. Ianya mungkin sensor Samsung GN5 atau Sony IMX766.

Beralih kepada sensor telefoto, ianya sensor 10MP yang bersaiz 1/3.94” dengan 1.0µm piksel dan aperture f/2.4. Sensor ini akan menawarkan zoom optik 3x.

Selain itu, sensor ultrawide yang digunakan pada kedua model ini adalah unit 12MP yang bersaiz 1/2.55” dengan 1.4µm pikse dan aperture f/2.2. Ianya adalah sensor yang sama seperti pada Galaxy S21 Series. Kamera selfie juga adalah sama iaitu sensor 10MP.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.