Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Lebih 2 bilion barangan terjual pada festival Shopee 11.11 Big Sale

Lebih 2 bilion barangan terjual pada festival Shopee 11.11 Big Sale 1

Lebih 2 bilion barangan terjual pada festival Shopee 11.11 Big Sale 2
Pembukaan semula sektor ekonomi tidak memperlahankan permintaan e-dagang. Shopee baru sahaja menamatkan 11.11 Big Sale yang paling berjaya didalam sejarah mereka.

Pada 11 November, pengguna Shopee di Malaysia telah mendapatkan stok barangan runcit seperti Milo, bijirin, mi segera, buah-buahan dan sayur-sayuran segar. Lebih daripada 1.8 juta produk pembaikan dan hiasan rumah juga dijual di Shopee.

Memandangkan rakyat Malaysia kini meneruskan aktiviti di luar rumah, barangan kesihatan dan penjagaan diri di Shopee seperti pelitup muka terus menjadi salah satu produk yang paling popular dibeli. Produk ini mencatat jualan lebih 13 juta keping, manakala kit ujian Covid-19 menyaksikan hampir 30,000 unit dijual pada 11 November. Ini disebabkan peringatan dan seruan pihak Kerajaan supaya rakyat Malaysia menjaga keselamatan mereka serta orang sekeliling.

Shopee menyaksikan sokongan padu yang serupa untuk 11.11 Big Sale di seluruh rantau. Lebih 2 bilion barangan telah dibeli sepanjang tempoh festival ini, sekali gus memecahkan rekod Shopee yang dicapai pada tahun 2020 sebelum ini. Keseronokan memuncak pada 11 November, dengan kunjungan meningkat lebih 5.5 kali ganda dalam dua jam pertama berbanding hari biasa.

Pesta membeli-belah hujung tahun di Shopee terus merapatkan jutaan rakyat Malaysia dengan jenama dan peniaga. Oleh itu, peniaga luar talian juga menikmati peningkatan pelanggan yang mengutamakan pembelian atas talian (online first) ke cawangan mereka, dengan lebih 5 juta Baucar ShopeePay dituntut melalui cirian ‘Deals Near Me’ sepanjang tempoh festival membeli-belah Shopee 11.11 Big Sale.

Hiburan terus menjadi aspek utama bagi pengalaman membeli-belah atas talian. Sepanjang 11.11 Big Sale, rakyat Malaysia juga meluangkan lebih banyak masa untuk berhubung dengan para penjual dan menonton selebriti kegemaran mereka melalui penstriman langsung, dengan 4.8 juta jam diluangkan secara keseluruhan untuk menonton di Shopee Live.

Lebih 41 juta Tiket Emas turut diberikan apabila para pengguna bermain Tekan & Menang Kondo dan Putar & Menang untuk masing-masing merebut peluang memenangi sebuah unit kondominium bernilai lebih RM500,000 di SkyMeridien Residences @ Sentul East, dan sebuah BMW 218i Grand Coupé M Sport.

11.11 Big Sale telah menggalakkan lebih ramai orang mengakses dan menikmati manfaat membeli-belah atas talian, terutamanya di luar bandar di mana tahap kesedaran digital lebih rendah. Di seluruh rantau, jumlah pembeli dari luar bandar dan bandar-bandar kecil menyaksikan peningkatan sebanyak 5 kali ganda berbanding hari biasa manakala jumlah transaksi ShopeePay di luar bandar meningkat 9 kali ganda berbanding hari biasa, dengan para pengguna melakukan pembayaran untuk pesanan mereka di Shopee dengan lancar.

Bagi perniagaan-perniagaan di rantau ini, 11.11 Big Sale merupakan batu loncatan untuk mendorong pertumbuhan dan pemulihan. Penjual-penjual tempatan mendapat manfaat daripada lonjakan dalam aktiviti membeli-belah, dengan mereka yang menyertai 11.11 buat kali pertama menyaksikan pesanan mereka pada 11 November melonjak 18 kali ganda berbanding hari biasa.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.