Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Honor 60 Series akan dilancarkan pada 1 Disember ini


Seperti yang kami laporkan, Honor secara rasminya telah mengesahkan bahawa Honor 60 Series akan dilancarkan di pasaran China pada 1 Disember ini.

Honor 60 Series adalah model pengganti kepada Honor 50 yang dilancarkan pada 25 Jun yang lalu sebelum memasuki pasaran global termasuk pasaran Malaysia bulan lalu.


Honor 60 Series dijangka akan terdiri daripada tiga model iaitu Honor 60, Honor 60 Pro dan Honor 60 SE yang dilihat sebagai model ‘lite’.

Dalam pada itu, tidak banyak maklumat mengenai telefon pintar Honor 60 Series ini diketahui namun apa yang pasti ianya akan memasuki pasaran antarabangsa dengan sokongan GMS.

Bagi arena pasaran tempatan, Honor telah mengesahkan bahawa Honor 50 Lite akan mula ditawarkan di Malaysia pada 25 November ini pada harga RM 999 sahaja.

Honor 50 Lite akan ditawarkan pada 25 November ini – telefon pintar midrange dengan pengalaman flagship pada harga RM 999 sahaja

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.