Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung Galaxy Z Fold4 mungkin tidak mempunyai slot S Pen


Walaupun pelancaran Samsung Galaxy Z Fold4 masih jauh, khabar angin mengenai telefon pintar ini telah mula kedengaran dan yang terbaru memperkatakan mengenai ketiadaan slot khas S Pen.

Maklumat terbaru ini bukan sesuatu yang mengejutkan kerana Samsung Galaxy Z Fold3 juga tidak mempunyai slot S Pen yang khas namun Samsung Galaxy S22 Ultra akan mempunyai slot S Pen.

Walaubagaimanapun, perkara ini mungkin berubah kerana reka bentuk Samsung Galaxy Z Fold4 masih belum dimuktamadkan dan keputusan mengenai reka bentuk akhir ini hanya akan diambil pada Mac 2022.

Walaubagaimanapun, ketiadaan slot S Pen pada Galaxy Z Fold4 tidak bermaksud telefon pintar ini tidak akan menyokong input stylus dan Samsung sudah pastinya akan melancarkan case khas yang mempunyai ruang simpanan S Pen.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.