Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

HUAWEI WATCH GT 3, WATCH GT Runner dan FreeBuds Lipstick kini rasmi di Malaysia


Serentak dengan penawaran HUAWEI nova 9 di Malaysia, HUAWEI juga telah melancarkan tiga peranti wearable terbaru mereka iaitu HUAWEI WATCH GT 3, HUAWEI WATCH GT Runner dan  HUAWEI FreeBuds Lipstick di pasaran tempatan.

HUAWEI WATCH GT 3 dan HUAWEI FreeBuds Lipstick akan dibuka untuk pra-tempahan mulai 20 November sehingga 3 Disember manakala HUAWEI WATCH GT Runner pula akan dibuka untuk pra-tempahan dari 20 November sehingga 12 Disember 2021.


HUAWEI WATCH GT 3

HUAWEI WATCH GT 3 akan ditawarkan didalam dua versi iaitu dengan tali hitam (46mm) pada harga RM 999 manakala versi dengan tali kulit (46mm) ditawarkan pada harga RM 1,099.

Setiap pembelian HUAWEI WATCH GT 3 didalam tempoh pra-tempahan akan menerima HUAWEI FreeLace bernilai RM 379.

Selain itu, HUAWEI WATCH GT 3 tali hitam (42mm) dan HUAWEI WATCH GT tali kulit (42mm) pula akan ditawarkan pada harga RM 799 (RRP 999) dan RM 999 (RRP 1,099) yang mana ianya adalah harga selepas potongan rebat bernilai RM 200.


HUAWEI FreeBuds Lipstick

HUAWEI FreeBuds Lipstick akan ditawarkan pada harga RM 999 dan anda juga boleh mendapatkanya didalam pakej bundle khas bersama HUAWEI WATCH GT2 pada harga RM 1,698 sahaja (RRP RM 1,998).

Selain itu, Dua lagi package bundle yang ditawarkan adalah HUAWEI FreeBuds Lipstick + HUAWEI WATCH GT 3 42mm (black strap) pada harga RM 1,998 atau HUAWEI FreeBuds Lipstick + HUAWEI WATCH GT 3 42mm (leather strap) pada harga RM 2,099.

HUAWEI WATCH GT Runner

HUAWEI WATCH GT Runner adalah jam pintar terbaru daripada HUAWEI yang dilancarkan secara mengejut untuk pasaran Malaysia.

Jam pintar HUAWEI WATCH GT Runner ini memiliki teknologi HUAWEI TruSport™ dan Running Ability Index (RAI) yang mengukur dengan tepat prestasi pemakai serta teknik berdasarkan kadar denyutan jantung, jarak dan data lain, memberikan maklum balas yang tepat kepada pemakai.

Ia juga dilengkapi dengan ciri Data Synchronisation, pemakai boleh menyegerakkan pelan latihan ke HUAWEI WATCH GT Runner dan jam tangan itu mampu melakukan peringatan suara secara langsung tentang matlamat latihan semasa dan status latihan untuk meningkatkan lagi kecekapan latihan pemakai.

HUAWEI WATCH GT Runner akan ditawarkan pada harga RM 1,399 dan setiap pra-tempahan akan menerima HUAWEI FreeBuds 3i dan HUAWEI Scale 3 bernilai RM 548.

Pra-tempahan  HUAWEI WATCH GT 3, HUAWEI WATCH GT Runner dan  HUAWEI FreeBuds Lipstick kini dibuka di HUAWEI Experience Stores, HUAWEI Store Online, HUAWEI Official Store di Shopee dan HUAWEI Flagship Store di Lazada.

HUAWEI Malaysia juga sedang mengadakan roadshow khas di IOI City Mall, Putrajaya dan 99 pembeli pertama HUAWEI nova 9 akan turut menerima HUAWEI Band 6 dan ianya adalah hadiah percuma tambahan kepada hadiah percuma yang diumumkan sebelum ini.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.