Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Xiaomi 12 Ultra dijangka akan hadir dengan teknologi kamera Leica


Sejak awal tahun 2021, terdapat khabar angin yang mengatakan kerjasama jangka panjang antara HUAWEI dan Leica bakal berakhir dan jenama fotografi ikonik ini sedang mencari rakan niaga baru untuk kekal didalam industri telefon pintar.

Salah satu daripada syarikat yang dikatakan mempunyai minat untuk berkerjasama dengan Leica adalah Xiaomi.

Menurut Digital Chat Station, Leica telah memeterai perjanjian dengan Xiaomi dan hasil kerjamsama ini akan menyaksikan Xiomi 12 Ultra hadir dengan teknologi Leica.

Telefon pintar Xiaomi 12 Ultra ini dijangka akan dilancarkan pada suku pertama 2022 namun pelancaran Xiaomi 12 dan Xiaomi 12 Pro mungkin berlangsung lebih awal.

Buat masa ini masih belum ada sebarang maklumat apakah bentuk kerjasama antara Xiaomi dan Leica pada bahagian kamera Xiaomi 12 Ultra namun ianya mungkin melibatkan penapis warna dan input pemprosesan imej.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.