Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Sony Xperia Pro-I kini dibuka untuk pra-tempahan di Malaysia – harga dari RM 7,199

Sony Xperia Pro-I kini dibuka untuk pra-tempahan di Malaysia - harga dari RM 7,199 11
Sony secara rasminya telah mengesahkan  bahawa telefon pintar Xperia terbaru mereka iaitu Sony Xperia Pro-I telah dibuka untuk pra-tempahan bagi pengguna di Malaysia.

Sony Xperia Pro-I adalah telefon pintar terbaru Sony yang mana “I”’pada telefon pintar ini merujuk kepada Imaging.

Sony Xperia Pro-I kini dibuka untuk pra-tempahan di Malaysia - harga dari RM 7,199 12

Sony Xperia Pro-I menjadi telefon pintar pertama diluar pasaran China untuk hadir dengan sensor 1.0-inci yang mempunyai pemfokusan PDAF. Sensor ini diambil dari kamera kompak Sony RX100 VII yang telah di optimasi untuk telefon pintar.

Sensor utama Exmor RS ini juga hadir dengan lensa Zeiss yang mempunyai dua aperture boleh ubah iaitu f/2.0 dan f/4.0.

Sony Xperia Pro-I kini dibuka untuk pra-tempahan di Malaysia - harga dari RM 7,199 13

Selain itu, Sony Xperia Pro-I ini juga disertakan dengan satu sensor ultrawide 12MP – 16mm f/2.2 dan sensor telefoto 50mm f/2.4 2x pada resolusi 12MP.

Sony Xperia Pro-I kini dibuka untuk pra-tempahan di Malaysia - harga dari RM 7,199 14

Selain itu, sensor utama Sony Xperia Pro-I juga mempunyai Real-time Eye autofocus, dan butang shutter fizikal pada sisi untuk tangkapan gambar yang lebih mudah ketika mod landskap.

Sony Xperia Pro-I kini dibuka untuk pra-tempahan di Malaysia - harga dari RM 7,199 15
Beralih kepada spesifikasi lain telefon pintar ini, Sony Xperia Pro-I hadir dengan skrin paparan 4K OLED berukuran 6.5-inci yang mempunyai kadar segar semula 120Hz, pemproses Snapdragon 888, 12GB RAM dan storan dalaman 512GB.

Selain itu, Sony Xperia Pro-I juga memiliki bateri berkapasiti 4,500mAh dengan pengecasan pantas 30W.

Sony Xperia Pro-I akan ditawarkan pada harga dari RM 7,199 bagi peranti sahaja dan ianya juga ditawarkan didalam dua lagi pek bundle yang menawarkan aksesori tambahan pada harga yang lebih berpatutan.

Pek bundle PWP A yang bernilai RM 829 (RRP 1,668) menawarkan anda set lengkap fotografi iaitu ECM-LV1 Stereo Lavalier Microphone , GP-VPT2BT Shooting Grip With Wireless Remote Commander dan XQZ-IV01 Vlog Monitor.

Pek Bundle PWP B yang bernilai RM 519 (RRP RM 1,040) pula menawarkan anda XQZ-IV01 Vlog Monitor.

Dalam pada itu, setiap pembelian Sony Xperia Pro-I juga akan menerima kad microSD 256GB secara percuma.

Pra-tempahan Sony Xperia Pro-I boleh dilakukan di Sony Online Store iaitu mulai hari ini sehingga 15 Disember 2021.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.