Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Shopee 11.11 Big Sale akan berlangsung dengan lebih hebat

Shopee 11.11 Big Sale akan berlangsung dengan lebih hebat 1

Shopee 11.11 Big Sale akan berlangsung dengan lebih hebat 2
Shopee 11.11 Big Sale kembali, dengan tawaran-tawaran yang lebih hebat, keseronokan dan hiburan yang lebih meriah mulai sekarang hingga 11 November.

Festival membeli-belah terbesar platform e-dagang ini bakal menjadi pilihan jutaan rakyat Malaysia yang mencari tawaran serta penjimatan terbaik dengan tawaran lebih nilai.

Ia akan menghubungkan mereka kepada beratus ribu jenama dan penjual daripada 25 kategori produk yang menawarkan diskaun sehingga 95%, penghantaran percuma tanpa pembelanjaan minimum serta tawaran RM1.

Shopee 11.11 Big Sale kali ini juga bakal menawarkan hadiah terbesar setakat ini – sebuah unit kondominium bernilai lebih RM500,000 di SkyMeridien Residences @ Sentul East.

Penawaran hadiah ini yang telah memenangi pelbagai anugerah ini adalah hasil kerjasama Shopee dan pemaju hartanah SkyWorld Development Group.

Para pembeli hanya perlu bermain Tekan & Menang Kondo dan mengumpul tiket emas di Shopee untuk berpeluang memenangi rumah baru ini.

Lebih dari itu, kehebatan tawaran 11.11 dijangka akan menarik lebih ramai pembeli atas talian buat kali pertamanya.

Ini berikutan kecenderungan kempen 9.9 Hari Pembelian Hebat baru-baru ini, di mana 1 daripada 3 pembeli serantau adalah pengguna baharu disebabkan oleh tawaran yang menarik, penjimatan, pilihan yang meluas, hiburan dan banyak lagi yang disediakan Shopee.

Dengan lebih ramai rakyat yang membeli-belah atas talian, lebih banyak perniagaan terutamanya perusahaan kecil dan sederhana (PKS) tempatan akan mempercepatkan pertumbuhan digital mereka.

Shopee telah merintis usaha untuk mengembangkan ekosistem digital kami untuk membantu lebih ramai pengguna, perniagaan dan komuniti mengakses dan memanfaatkan e-dagang. Dengan keadaan pandemik yang beransur pulih, kami menyasar untuk menjadikan 11.11 ini lebih bermakna dan membawa impak yang ketara kepada semua.

 

1. Tawaran-tawaran, keseronokan dan ganjaran terbesar di Shopee 11.11 Big Sale

Jackie Chan kembali ke Shopee: Selepas kejayaan iklan 9.9 beliau menjadi viral dengan 435 juta tontonan di atas talian di seluruh rantau, bintang antarabangsa Jackie Chan kembali ke Shopee dengan iklan baharu, mengimbau kembali kemasyhuran filem aksinya untuk Shopee 11.11 Big Sale ini.

Lebih 40 juta Syiling Shopee untuk dimenangi: Memandangkan jualan kali ini melipat-gandakan segala jenis tawaran, maka jumlah tawaran Syiling Shopee bagi kempen ini juga bakal diperhebatkan. Pengguna akan layak menerima sebahagian daripada 40 juta Syiling Shopee tidak kira daripada permainan Shopee Prizes dan penuntutan Baucar Pulangan Tunai Syiling Shopee 111% hinggalah menambah nilai dompet mudah alih ShopeePay

Putar & Menang BMW 218i Grand Coupé M Sport: Shopee 11.11 Big Sale ini juga bertujuan untuk menawarkan ganjaran terhebat kepada para pembeli Shopee. Oleh itu, Shopee menawarkan sebuah BMW kepada seorang pemenang apabila pengguna Shopee bermain Putar & Menang.

Apa yang perlu dilakukan? Putar, bukan drift!
Penjimatan untuk pengguna baharu dengan program eDuit: Kempen 11.11 Jualan Hebat ini juga akan membantu pembeli atas talian baharu menjimatkan pembelanjaan barangan keperluan mereka. Pengguna kali pertama aplikasi Shopee akan menerima RM100 apabila mengaktifkan ShopeePay mereka. Di samping itu, mereka juga akan layak menerima kredit ShopeePay RM25 apabila berjaya mengaktifkan akaun premium dompet mudah alih mereka.

Mereka juga akan menerima Baucar ShopeePay bernilai RM60, dan Baucar Alu-aluan RM15 untuk pembelian pertama mereka di Shopee.

Tontoni bintang-bintang terkemuka Malaysia di TV pada 11.11: Tonton TV3 dan Shopee Live dari 9 malam hingga 11 malam pada 11 November untuk menonton rancangan Shopee 11.11 Pentas Hebat. Saksikan persembahan hebat daripada Dato’ Sri Siti Nurhaliza, Alif Satar and the Locos, Naim Daniel, KClique dan ramai lagi. Main permainan termasuk Shopee Shake Battle Mode untuk peluang memenangi sehingga 11 juta Syiling Shopee, Sony PS5 dan Roborock S7 dengan kemuncak festival membeli-belah Shopee ini.

2. Menghubungkan lebih peniaga luar talian dengan pelanggan yang mengutamakan transaksi atas talian

Pulangan tunai RM11 dengan Baucar ShopeePay: Dengan pembukaan semula semua segala aktiviti ekonomi, peniaga luar talian seperti FamilyMart, Bawangchaji, Salad Atelier, KK Mart, Health Lane Pharmacy dan banyak lagi menawarkan pulangan tunai RM11 yang hebat apabila pengguna membeli Baucar ShopeePay berharga 1 sen, dan membayar dengan ShopeePay di kedai fizikal tersebut. Semak sahaja Deals Near Me di aplikasi Shopee untuk dapatkan lebih banyak baucar pulangan tunai.
2/3

ShopeeFood: Marrybrown, Pasta Panas, Sushi King, Starbucks, Gigi Coffee, Boost Juice, Wall’s Ice-cream, Esquire Kitchen, Chatime, Kedai Ayamas dan banyak lagi menyertai keluarga ShopeeFood pada 11.11 Jualan Hebat ini, menawarkan pengguna pilihan makanan dan minuman yang lebih luas. Bukan itu sahaja, para pengguna juga boleh menikmati penghantaran percuma dan baucar diskaun sehingga RM11 apabila mereka memesan di ShopeeFood.

3. Sokongan besar bagi semua perniagaan untuk menyemarakkan ekonomi Malaysia
#ShopeeSapotLokal: Ambil peluang ini untuk menunjukkan sokongan terhadap perniagaan tempatan dengan melayari portal dalam aplikasi Shop Malaysia.

Kunjungi kedai atas talian penjual-penjual dari seluruh pelosok negara yang menawarkan tawaran menarik untuk produk dan perkhidmatan tempatan mereka. Ini termasuklah kempen Jom Cuti-Cuti Malaysia! Experience Malaysia Like Never Before bersama Tourism Malaysia, Persatuan Pelancongan, dan Persatuan Hotel Malaysia. Mulai 1 November, pelancong boleh menuntut baucar diskaun potongan RM100 dengan pembelanjaan minimum RM150 untuk pakej pelancongan yang menarik. Ini adalah tambahan kepada baucar rebat RM100 untuk hotel bertaraf 4 dan 5 bintang, dan baucar rebat RM50 untuk hotel bertaraf 3 bintang ke bawah.

Untuk mengetahui lagi tentang Shopee 11.11 Jualan Hebat, layari https://shopee.com.my/m/11-11

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.