Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Apple menguji ciri mengesan kemalangan jalan raya pada Apple Watch


Apple telah memperkenalkan ciri ‘fall detection’ pada Apple Watch Series 4 yang mengesan kemungkinan pengguna terjatuh atau pengsan sacara tiba-tiba dan menghubungi kenalan kecemasan.

Kini, Apple dilaporkan sedang menguji untuk memperkenalkan ciri yang sama bagi kemalangan jalan raya.

Laporan terbaru daripada The Wall Street Journal mendakwa dokumen dalaman syarikat mendedahkan perkara ini.

Kesukaran yang dihadapi oleh ciri adalah mengesan kemalangan yang berlaku dan ianya telah menjalankan ujian sejak tahun lalu dengan mengumpul maklumat telemetri daripada Apple Watch.

Hasil ujian ini, Apple Watch telah berjaya mengesan 10 juta potensi kemalangan dan telah berjaya menghubungkan 50,000 insiden kepada perkhidmatan kecemasan. pecutan mengejut yang dikesan oleh Apple Watch berkemungkinan besar adalah kemalangan.

Walaubagaimanapun, teknologi ini bukan lah sesuatu yang baharu kerana Google telah memperkenalkan ciri yang sama dengan aplikasi Personal Safety untuk telefon pintar Pixel dengan menggunakan lokasi, motion sensor dan mikrofon pada peranti untuk mengesan potensi kemalangan.

Apple Watch generasi yang akan datang iaitu Watch Series 8 dijangka akan mengambil kiraan data daripada sensor ini untuk mengurangkan kadar pengesanan jatuhan yang tidak tepat.

Selain itu, Apple belum mengumumkan secara rasmi mengenai teknologi ini namun Apple dijangka akan menawarkan ciri ini dengan lebih luas berbanding Google yang hanya menawarkan fungsi ini di beberapa negara sahaja.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.