Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Xiaomi Redmi Note 11 Series disahkan akan memiliki sensor 108MP dan pemproses Dimensity 920

Xiaomi Redmi Note 11 Series disahkan akan memiliki sensor 108MP dan pemproses Dimensity 920 1

Xiaomi Redmi Note 11 Series disahkan akan memiliki sensor 108MP dan pemproses Dimensity 920 2
Pelancaran Redmi Note 11 Series hanya berbaki dua hari sahaja lagi dan satu lagi spesifikasi penting telefon pintar ini telah disahkan.

Menerusi akaun Weibo rasmi Redmi, syarikat ini telah mengesahkan bahawa Redmi Note 11 Series akan memiliki sensor kamera utama 108MP.

Xiaomi Redmi Note 11 Series disahkan akan memiliki sensor 108MP dan pemproses Dimensity 920 3

Walaubagaimanapun, sensor 108MP ini adalah sensor Samsung HM2 yang telah digunakan pada generasi telefon pintar Redmi Note series sebelum ini dan bukanya sensor Samsung HM3 yang lebih baharu.

Xiaomi Redmi Note 11 Series disahkan akan memiliki sensor 108MP dan pemproses Dimensity 920 4

Selain itu, Redmi Note 11 Series juga telah disahkan akan hadir dengan cip pemprosesan 6nm Dimensity 920.

Pengesahan ini menyusul selepas Xiaomi mengesahkan Redmi Note 11 Series akan hadir dengan skrin paparan AMOLED dan pengecasan pantas 120W.

Xiaomi Redmi Note 11 Series akan dilancarkan pada 28 Oktober ini.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.