Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Honor 50 akan dilancarkan di Malaysia pada 18 Oktober ini

Selepas penantian lama, Honor secara rasminya telah mengesahkan Honor 50 akan dilancarkan di Malaysia pada 18 Oktober ini yang merupakan telefon pintar pertama syarikat ini selepas pengambilalihan daripada HUAWEI.

Untuk makluman anda, Honor 50 Series telah dilancarkan pada bulan Jun yang lalu dan ketika pelancaran telefon pintar telah disahkan akan memasuki pasaran global yang termasuk pasaran Malaysia.

Honor sahkan ianya kini kembali mempunyai akses kepada Google Mobile Service (GMS)

Honor 50


Honor 50 memiliki skrin paparan OLED FHD+ berukuran 6.57-inci yang mempunyai kadar segar semula 120Hz dan lubang punch-hole dibahagian tengah yang menempatkan kamera selfie 32MP.


Honor 50 tampil dengan pemproses Snapdragon 778G, 8GB atau 12GB RAM dan storan dalaman 128GB atau 256GB.

Beralih kepada kamera, Honor 50 juga tampil tetapan kamera yang sama seperti Honor 50 Pro iaitu dengan sensor utama 108MP, sensor ultrawide 8MP, sensor makro 2MP dan sensor depth 2MP.

Beralih kepada bateri pula, Honor 50 memiliki kapasiti bateri yang lebih besar iaitu 4,200mAh namun pengecasan pantas yang ditawarkan pada model ini hanya 66W (0-70% dalam 20 minit).

Honor 50 akan ditawarkan didalam warna Frost Crystal, Amber Red, Emerald Green dan Midnight Black.

Jangan lupa untuk menyaksikan siaran  langsung majlis pelancaran Honor 50 di laman Facebook HONOR Malaysia dan Gempak Ria pada 18 Oktober, jam 8 malam

Untuk maklumat terkini, lawati HONOR Store, Shopee’s HONOR Official Store, Lazada’s HONOR Flagship Store atau laman Facebook rasmi HONOR Malaysia di www.facebook.com/HONORMY.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.