Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Dapatkan baucar tunai sehingga RM 25 dengan pembelian gift card PlayStation Store di stor 7-Eleven


Berita baik kepada pengguna Sony PlayStation, 7-Eleven Malaysia telah mengumumkan promosi menarik yang membolehkan anda mendapatkan baucar tunai sehingga RM 25 dengan pembelian ‘gift card’ PlayStation Store

Mulai sekarang hingga 31 Oktober 2021, setiap pembelian gift card PlayStation Store di stor 7-Eleven akan menerima baucar tunai yang boleh digunakan untuk membeli barang di stor 7-Eleven.

Bagi pembelian gift card PlayStation Store bernilai RM 100, anda akan menerima baucar bernilai RM 10 manakala bagi pembelian gift card PlayStation Store bernilai RM 250, anda akan menerima baucar tunai RM 25.

Promosi ini bermaksud anda akan menikmati penjimatan tambahan yang berbaloi dengan pembelian gift card PlayStation Store yang boleh digunakan untuk membeli permainan video, langganan ahli dan banyak lagi di PlayStation Store.

Maklumat lanjut mengenai promosi terhad ini boleh diketahui di www.7eleven.com.my

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.