Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

OnePlus 9 RT akan dilancarkan 13 Oktober ini – Skrin E4 AMOLED 120Hz & Snapdragon 888

OnePlus 9 RT akan dilancarkan 13 Oktober ini - Skrin E4 AMOLED 120Hz & Snapdragon 888 7

OnePlus telah mengesahkan bahawa OnePlus 9 RT akan dilancarkan pada 13 Oktober ini dan syarikat ini telah mengesahkan maklumat spesifikasi telefon pintar ini.

OnePlus 9 RT akan hadir dengan skrin paparan E4 AMOLED yang mempunyai kadar segar semula 120Hz, pemproses Snapdragon 888 yang disertakan dengan RAM jenis LPDDR5 dan storan dalaman UFS 3.1. Jumlah RAM yang akan disertakan masih belum didedahkan secara rasmi namun terdapat maklumat yang ianya akan ditawarkan didalam varian 8GB dan 12GB.

OnePlus 9 RT akan dilancarkan 13 Oktober ini - Skrin E4 AMOLED 120Hz & Snapdragon 888 8

Selain itu, OnePlus 9 RT juga akan memiliki bateri berkapasiti 4,500mAh dengan pengecasan pantas WarpCharge 65T (65W).

OnePlus 9 RT akan dilancarkan 13 Oktober ini - Skrin E4 AMOLED 120Hz & Snapdragon 888 9

Dalam pada itu, OnePlus tidak mendedahkan spesifikasi kamera yang digunakan pada OnePlus 9 RT ini namun tidak kelihatan penjenamaan Hasselblad pada modul kamera peranti ini.

Walaubagaimanapun, semua maklumat mengenai OnePlus 9 RT dijangka akan didedahkan pada pelancaran yang akan berlangsung didalam masa 2 hari sahaja lagi.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.