Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Xiaomi Civi kini rasmi dengan skrin curved OLED 120Hz dan Snapdragon 778G – harga sekitar RM 1,682


Xiaomi secara rasminya telah melancarkan telefon pintar Xiaomi Civi yang merupakan generasi terbaru didalam siri Xiaomi CC yang telah melalui penjenamaan semula.

Xiaomi Civi adalah sebuah telefon pintar yang memfokuskan kepada reka bentuk yang nipis dan ringan iaitu dibawah 7mm dan berat 166gram. Panel belakang Xiaomi Civi adalah kemasan soft-touch matte yang berasaskan gelas

Xiaomi Civi hadir dengan skrin paparan cuved OLED berukuran 6.55-inci yang menyokong resolusi FHD+ dengan kadar segar semula 120Hz.

Panel ini juga mempunyai sokongan HDR10+ dan Dolby Vision dengan kecerahan maksima 950 nits.


Selain itu, Xiaomi Civi juga hadir dengan cip pemprosesan 6nm Snapdragon 778G yang mempunyai GPU Adreno 641L, modem 5G X53 dan Wi-Fi 6E.

Bagi memastikan cip ini sentiasa beroperasi pada suhu optimum, Xiaomi Civi tampil dengan 9 lapisan graphene manakala GPU Adreno ini menyokong Variable Rate Shading yang meningkat prestasi tanpa terlalu menjejaskan kualiti imej.

Beralih kepada kamera, Xiaomi Civi hadir dengan sensor utama 64MP yang mempunyai aperture f/1.8 tanpa OIS, sensor 8MP ultra wide 120° dan sensor makro 2MP. Xiaomi Civi juga hadir dengan kamera selfie 32MP yang mempunyai pemfokusan auto.

Xiaomi Civi juga memiliki bateri berkapasiti 4,500mAh yang mempunyai pengecasan pantas 55W yang mampu mengecas penuh bateri ke tahap 100% dalam masa 45 minit sahaja.

Xiaomi Civi juga mempunyai pembesar suara stereo dengan Dolby Atmos dan pensijilan Hi-Res audio

Berikut adalah harga Xiaomi Civi di China :

Xiaomi Civi 8/128GB – CNY 2,599 (RM 1,682)

Xiaomi Civi 8/256GB – CNY 2,899 (RM 1,877)

Xiaomi Civi 12/256GB – CNY 3,199 (RM 2,071)

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.