Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung dilaporkan telah membatalkan Samsung Galaxy S21 FE kerana prestasi jualan baik Galaxy Z Flip3


Samsung pada mulanya dilaporkan akan melancarkan peranti flagship Galaxy S21 FE pada majlis Unpacked bulan Ogos sebelum ianya ditunda ke pelancaran berasingan pada bulan Oktober.

Walaubagaimanapun, laporan terbaru daripada Korea Selatan mendedahkan bahawa Samsung telah membatalkan model ini kerana prestasi jualan memberangsangkan Galaxy Z Flip3 5G dan kekurangan bekalan cip pemprosesan yang menggangu pasaran telefon pintar sepanjang tahun 2021.

Samsung Galaxy Z Flip3 5G hadir dengan cip Snapdragon 888 yang merupakan cip pemprosesan yang turut dikatakan akan digunakan pada Galaxy S21 FE.

Samsung Galaxy Z Flip3 5G

ULASAN : Samsung Galaxy Z Flip3 5G – Telefon Pintar Foldable Lebih Lasak & Lebih Mampu Milik

Samsung telah bersiap sedia untuk satu majlis Unpacked pada pertengahan bulan Oktober namun jurucakap syarikat ini mengesahkan bahawa ianya tidak akan berlangsung dan terdapat kemungkinan ianya akan dibatalkan terus.

Kekurangan bekalan cipset telah memaksa Samsung membuat keputusan sukar sehingga terpaksa membatalkan peranti flagship Samsung S21 FE ini.

Dengan prestasi jualan Galaxy Z Flip3 yang baik, Samsung dilihat telah memberi keutamaan kepada model telefon pintar foldable ini.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.