Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

ULASAN : Samsung Galaxy Z Flip3 5G – Telefon Pintar Foldable Lebih Lasak & Lebih Mampu Milik

ULASAN : Samsung Galaxy Z Flip3 5G - Telefon Pintar Foldable Lebih Lasak & Lebih Mampu Milik 57
Pengenalan

Pada tahun 2019, Samsung telah mengorak langkah didalam memperkenalkan satu kategori telefon pintar futuristik yang telah lama menjadi idaman ramai.

Walaupun di atas kertas, Samsung tidak menjadi syarikat pertama didunia untuk mengeluarkan telefon pintar foldable (Royole FlexPai adalah telefon pintar foldable pertama didunia), Samsung Galaxy Fold adalah telefon pintar yang memasuki pasaran global dengan lebih meluas dan lebih praktikal untuk kegunaan harian.

Pelancaran Samsung Galaxy Fold telah membuka satu lembaran baharu yang membuktikan bahawa industri telefon pintar semakin matang dan sudah bersedia untuk lonjakan seterusnya.

Selepas itu, pada tahun 2020, Samsung telah mengembangkan portfolio telefon pintar foldable mereka dengan pelancaran Samsung Galaxy Z Flip yang dilihat lebih mirip telefon pintar konvesional dipasaran.

Samsung Galaxy Z Flip ini hadir dengan reka bentuk yang lebih kompak dan unik namun masih dengan beberapa kekurangan yang telah diatasi pada tahun ini dengan pelancaran Samsung Galaxy Z Flip3 5G.

Ini membawa anda kepada ulasan telefon pintar Samsung Galaxy Z Flip3 5G yang kini telah mula ditawarkan di Malaysia dengan harga dari RM 3,999 yang menjadikanya antara telefon pintar foldable paling berpatutan dipasaran.

Berikut adalah ulasan Samsung Galaxy Z Flip3 5G   yang dilihat bakal merapatkan jurang antara telefon pintar konvesional dan telefon pintar boleh lipat.

Pandangan Pertama Samsung Galaxy Z Flip3 5G – Telefon Pintar Foldable Untuk Semua

ULASAN : Samsung Galaxy Z Flip3 5G - Telefon Pintar Foldable Lebih Lasak & Lebih Mampu Milik 58

Reka Bentuk

Samsung Galaxy Z Flip3 5G adalah sebuah telefon pintar yang unik dan cabaran paling besar yang dihadapi Samsung adalah bagaimana untuk mereka bentuk telefon pintar boleh lipat yang praktikal, bergaya dan tahan lasak.

ULASAN : Samsung Galaxy Z Flip3 5G - Telefon Pintar Foldable Lebih Lasak & Lebih Mampu Milik 59
Walaupun Samsung Galaxy Z Flip3 merupakan model kedua didalam sejarah model ini, kemajuan teknologi yang dikecapi syarikat gergasi Korea ini telah membolehkan ianya dinobatkan sebagai antara telefon pintar foldable paling tahan lasak dipasaran dan untuk memberikan anda ketenangan minda sepanjang masa, ia juga dilengkapi pensijilan kalis air IPX8.

Sebagai sebuah telefon pintar foldable, integrasi antara panel fleksibel dan engsel akan memastikan telefon pintar ini mengekalkan integriti peranti yang kukuh walaupun untuk tempoh jangka panjang.

ULASAN : Samsung Galaxy Z Flip3 5G - Telefon Pintar Foldable Lebih Lasak & Lebih Mampu Milik 60

Samsung mendakwa bahawa mekansima bukaan pada Galaxy Z Flip3 ini mampu bertahan sehingga 200,000 bukaan dan jumlah ini juga telah disahkan oleh Bureau Veritas (boleh digunakan 5 tahun dengan purata 100 bukaan sehari).

ULASAN : Samsung Galaxy Z Flip3 5G - Telefon Pintar Foldable Lebih Lasak & Lebih Mampu Milik 61

Beralih kepada rangka, Samsung Galaxy Z Flip3 5G menampilkan pengunaan rangka dan engesel yang diperbuat daripada Armor Aluminum yang didakwa sebagai aluminum paling kukuh pernah digunakan pada mana-mana telefon pintar Samsung Galaxy.

Selain itu, bahagian engsel Samsung Galaxy Z Flip3 5G ini juga lebih kecil dan ianya tampil dengan teknologi Sweeper. Ianya berfungsi untuk menghalang habuk daripada masuk kedalam peranti yang mungkin menyebabkan kerosakan kepada komponen dalaman peranti.

ULASAN : Samsung Galaxy Z Flip3 5G - Telefon Pintar Foldable Lebih Lasak & Lebih Mampu Milik 62

Dalam pada itu, Samsung juga menggunakan gelas keselamatan Corning Gorilla Glass Victus pada Cover Screen yang memberikan perlindungan dari jatuhan dan calar. Gorilla Glass Victus juga digunakan pada bahagian hadapan dan belakang panel luar telefon pintar (apabila dilipat).

ULASAN : Samsung Galaxy Z Flip3 5G - Telefon Pintar Foldable Lebih Lasak & Lebih Mampu Milik 63

Pada bahagian hadapan skrin paparan fleksibel pula, Samsung Galaxy Z Flip3 5G ini juga hadir dengan lapisan Samsung Ultra Thin Glass yang diperbuat daripada PET (Polyethylene terephthalate) yang 80% lebih tahan lasak berbanding filem yang digunakan.

ULASAN : Samsung Galaxy Z Flip3 5G - Telefon Pintar Foldable Lebih Lasak & Lebih Mampu Milik 64
Pada bahagian sisi kanan Samsung Galaxy Z Flip3 5G, terdapat satu butang kuasa yang juga menempatkan sensor capjari serta butang volume yang ditempatkan di atas butang kuasa dan ini sedikit menyukarkan pengguna untuk menekan butang ini kerana terlalu jauh ketika di pegang sebelah tangan.

Selain itu, bezel yang mengelilingi skrin juga adalah lebih tinggi daripada skrin dan ini mungkin disebabkan ianya berfungsi sebagai pelindung kepada skrin paparan boleh lipat ini.

ULASAN : Samsung Galaxy Z Flip3 5G - Telefon Pintar Foldable Lebih Lasak & Lebih Mampu Milik 65
Akhir sekali, ukuran dimensi Samsung Galaxy Z Flip3 5G adalah 72.2 x 166.0 x 6.9mm ketika skrin utama dibuka (unfolded) atau 72.2 x 86.4 x 17.1mm ketika ditutup yang memudahkan ianya disimpan dalam poket kecil seperti pada seluar jeans.

Bercakap mengenai berat, Samsung Galaxy Z Flip3 5G mempunyai berat 183 gram yang mana dengan pelbagai inovasi tambahan, Samsung berjaya mengekalkan berat yang sama seperti Galaxy Z Flip 5G.

ULASAN : Samsung Galaxy Z Flip3 5G - Telefon Pintar Foldable Lebih Lasak & Lebih Mampu Milik 66

Samsung Galaxy Z Flip3 5G ditawarkan didalam 7 warna iaitu Phantom Black (seperti unit reviu kami), Cream, Green, Lavender dan 3 warna eksklusif di Samsung.com iaitu Gray, Pink dan White.

ULASAN : Samsung Galaxy Z Flip3 5G - Telefon Pintar Foldable Lebih Lasak & Lebih Mampu Milik 67

Secara keseluruhan, reka bentuk Samsung Galaxy Z Flip3 5G ini mempunyai satu faktor ‘Wow’ yang mampu mempersona sesiapa sahaja yang terlihat telefon pintar ini buat kali pertama.

Dengan reka bentuk yang lebih kukuh dan tahan lasak, Samsung Galaxy Z Flip kini boleh diklasifikasikan sebagai sebuah peranti yang boleh digunakan oleh semua jenis pengguna.

ULASAN : Samsung Galaxy Z Flip3 5G - Telefon Pintar Foldable Lebih Lasak & Lebih Mampu Milik 68

Skrin Paparan

Samsung Galaxy Z Flip3 5G hadir dengan dua skrin paparan AMOLED yang mempunyai fungsi dan kegunaan yang berbeza.

Pada bahagian dalaman, Samsung Galaxy Z Flip3 5G hadir dengan skrin paparan berukuran 6.7-inci yang sama seperti Galaxy Z Flip 5G namun persamaan skrin kedua-dua peranti hanya setakat pada saiz.

Skrin paparan utama Samsung Galaxy Z Flip3 5G ini adalah panel Dynamic AMOLED 2x Infinity Flex  Display yang mempunyai resolusi FHD+ (2640 x 1080) dan terdapat juga lubang punch-hole yang menempatkan kamera selfie 10MP.

Panel skrin utama telefon pintar ini mempunyai kepadatan piksel 425ppi dan ianya menawarkan sokongan kadar segar semula 120Hz yang sangat imersif dan memberikan pengalaman visual terbaik dipasaran.

ULASAN : Samsung Galaxy Z Flip3 5G - Telefon Pintar Foldable Lebih Lasak & Lebih Mampu Milik 69

Dalam pada itu, panel yang digunakan Samsung ini membolehkan anda memilih tetapan kadar segar semula adaptive yang akan menggunakan jumlah kadar segar semula mengikut kandungan yang dipaparkan pada skrin (sehingga 120Hz) atau Standard yang ‘mengunci’ kadar segar semula pada 60Hz dan ini menawarkan jangka hayat bateri yang lebih lama.

Pengalaman kami sepanjang menggunakan telefon pintar ini adalah sangat berpuas hati dengan prestasi dan penghasilan warna yang agak vivid.

ULASAN : Samsung Galaxy Z Flip3 5G - Telefon Pintar Foldable Lebih Lasak & Lebih Mampu Milik 70

Walaubagaimanapun, jika terdapat satu kekurangan yang boleh dikatakan adalah lekukan pada bahagian lipatan skrin yang sangat ketara ketika digunakan yang mungkin sedikit sebanyak mengganggu pengalaman ‘scrolling’pengguna.

Pada pendapat kami, ini adalah satu isu yang biasa pada telefon pintar foldable dan inovasi berterusan dari generasi ke generasi mungkin dapat mengatasi masalah ini.

ULASAN : Samsung Galaxy Z Flip3 5G - Telefon Pintar Foldable Lebih Lasak & Lebih Mampu Milik 71

Cover Screen

Samsung Galaxy Z Flip3 5G juga hadir dengan sebuah cover screen dibahagian luar yang lebih besar berbanding cover screen yang ditawarkan pada Samsung Galaxy Z Flip 5G.

Skrin yang digunakan untuk Cover Screen ini adalah panel Super AMOLED berukuran 1.9-inci dengan resolusi 260 x 512 piksel dan kepadatan piksel 303ppi.

ULASAN : Samsung Galaxy Z Flip3 5G - Telefon Pintar Foldable Lebih Lasak & Lebih Mampu Milik 72

Panel Cover Screen ini adalah lengkap dengan pelbagai fungsi menarik termasuk akses kepada beberapa aplikasi menarik seperti muzik, weather, kalendar, alarm, Samsung Health, recorder dan timer.

ULASAN : Samsung Galaxy Z Flip3 5G - Telefon Pintar Foldable Lebih Lasak & Lebih Mampu Milik 73

Selain itu, panel Cover Screen ini juga boleh digunakan sebagai viewfinder untuk kamera utama iaitu dengan menekan butang kuasa sebanyak dua kali. Anda boleh terus mengambil imej selfie dengan melakukan ‘tap’ pada Cover Screen atau ‘slide’ untuk menukar kepada rakaman video.

Dalam pada itu, Cover Screen Samsung Galaxy Z Flip3 5G ini juga menyokong paparan Always On yang memberikan anda maklumat peratusan bateri, tarikh dan masa serta notifikasi daripada aplikasi.

ULASAN : Samsung Galaxy Z Flip3 5G - Telefon Pintar Foldable Lebih Lasak & Lebih Mampu Milik 74

Pemproses Snapdragon 888 & Samsung OneUI 3.1

Samsung Galaxy Z Flip3 5G hadir dengan pemproses kelas flagship terbaik di pasaran iaitu Qualcomm Snapdragon 888 yang menjanjikan prestasi CPU dan GPU yang stabil dan konsisten sepanjang masa.

Bersama-sama pemproses kelas flagship ini, Samsung Galaxy Z Flip juga hadir satu pilihan kapasiti RAM iaitu 8GB dengan dua pilihan storan dalaman jenis UFS 3.1 iaitu 128GB atau 256GB.

Sedikit mengecewakan adalah, Samsung Galaxy Z Flip3 5G tidak menawarkan pilihan untuk menikmati tambahan memori dengan menggunakan kad microSD.

Dalam pada itu, pemproses Snapdragon 888 yang digunakan pada Samsung Galaxy Z Flip3 5G telah terbukti sebagai antara cip pemproses terbaik dipasaran namun integrasi antara cipset dan perisian Samsung pada telefon pintar boleh lipat ini ternyata membantu meningkatkan pengalaman penggunaan ke satu tahap yang lebih baik.

Samsung Galaxy Z Flip3 5G hadir dengan antaramuka OneUI 3.1.1 yang berasakan Android dan terdapat beberapa ciri menarik yang disesuaikan khas untuk telefon pintar kategori unik ini.

ULASAN : Samsung Galaxy Z Flip3 5G - Telefon Pintar Foldable Lebih Lasak & Lebih Mampu Milik 75

Samsung Galaxy Z Flip3 5G tampil dengan ciri yang dikenali sebagai Flex mode. Ciri ini akan di gunapakai apabila skrin dilipat separuh yang akan menjadikan aplikasi yang dibuka disesuaikan mengikut lipatan ini.

Sebagai contoh perisian yang telah disesuaikan untuk Flex mode adalah aplikasi YouTube dimana video akan dimainkan pada bahagian atas skrin manakala panel bawah akan memberikan maklumat video dan banyak lagi.

ULASAN : Samsung Galaxy Z Flip3 5G - Telefon Pintar Foldable Lebih Lasak & Lebih Mampu Milik 76

Ini memberikan anda kebebasan menonton video YouTube Kegemaran anda tanpa perlu memegang telefon pintar dan boleh diletakkan pada meja.

Flex mode panel ini disokong oleh pelbagai aplikasi dan untuk mengaktifkan mod flex bagi aplikasi tersebut anda boleh ke bahagian Settings > Advanced Features > Labs > Flex mode Panel > pilih aplikasi.

ULASAN : Samsung Galaxy Z Flip3 5G - Telefon Pintar Foldable Lebih Lasak & Lebih Mampu Milik 77

Walaubagaimanapun, tidak semua aplikasi yang menyokong flex mode dan jika aplikasi tersebut tidak menyokong mod ini, hanya bahagian atas akan digunakan untuk memaparkan aplikasi manakala pada bahagian bawah akan digunakan sebagai menu untuk akses kepada bahagian notifikasi, kecerahan, screenshot dan kelantangan bunyi. terdapat juga butang X untuk kembali ke paparan penuh.

Selain itu, Samsung Galaxy Z Flip3 5G juga menyokong rangkaian 5G yang bakal ditawarkan di Malaysia dengan lebih meluas pada tahun 2022.

Akhir sekali, Samsung Galaxy Z Flip3 5G terbukti mampu menawarkan prestasi yang konsisten kepada pengguna.

ULASAN : Samsung Galaxy Z Flip3 5G - Telefon Pintar Foldable Lebih Lasak & Lebih Mampu Milik 78
Kamera

Samsung Galaxy Z Flip3 5G tampil dengan sistem kamera yang mudah namun tidak kurang hebatnya. Samsung meneruskan pengunaan sensor kamera yang sama seperti pada Galaxy Z Flip 5G dan ianya juga ditambah dengan penggunaan lensa kamera Gorilla Glass with DX.

ULASAN : Samsung Galaxy Z Flip3 5G - Telefon Pintar Foldable Lebih Lasak & Lebih Mampu Milik 79

Pengunaan Gorilla Glass with DX membolehkan sensor kamera telefon pintar Samsung Galaxy Z Flip3 5G ini menyerap hampir 98% cahaya sekaligus memberikan hasil gambar dan video yang lebih berkualiti.

Samsung Galaxy Z Flip3 5G tampil dengan sistem dwi-kamera terbaik pada telefon pintar foldable iaitu satu sensor wide 12MP yang dilengkapi OIS dan pemfokusan auto Dual Pixel serta aperture f/1.4.

ULASAN : Samsung Galaxy Z Flip3 5G - Telefon Pintar Foldable Lebih Lasak & Lebih Mampu Milik 80

Dalam pada itu, sensor kedua yang digunakan pada Samsung Galaxy Z Flip3 5G ini adalah sensor ultrawide 12MP yang mempunyai aperture f/2.2.

Hasil gambar yang diperoleh menggunakan sensor kamera utama ini ternyata baik apabila keadaan cahaya yang sempurna yang memberikan kualiti imej yang jelas dan sangat vivid.

Selain itu, sensor ultrawide Samsung Galaxy Z Flip3 5G ini menampilkan 123° fov yang membolehkan jarak lebih lebar walaupun pada jarak dekat namun kualiti gambar daripada sensor ini adalah sedikit kurang berbanding sensor utama walaupun kedua-duanya mempunyai resolusi yang sama.

Satu lagi kelebihan telefon pintar foldable seperti Samsung Galaxy Z Flip3 5G adalah anda boleh menggunakan sensor utama telefon pintar ini untuk mengambil gambar selfie dan turut menggunakan cover screen sebagai viewfinder.

Selain itu, Samsung Galaxy Z Flip3 5G ini juga menyokong pengambilan gambar yang memberikan dual-preview iaitu paparan utama digunakan untuk anda mengambil gambar manakala panel Cover Screen digunakan sebagai previu kepada subjek untuk menghasilkan gambar selfie yang terbaik.

Seterusnya, Samsung Galaxy Z Flip3 5G ini juga menyokong pengambilan gambar malam yang dilihat mampu memberikan hasil gambar yang baik.

ULASAN : Samsung Galaxy Z Flip3 5G - Telefon Pintar Foldable Lebih Lasak & Lebih Mampu Milik 81

Beralih kepada kamera selfie, ianya adalah sensor 10MP yang mempunyai fokus tetap dan dilihat mampu menawarkan gambar swafoto yang baik apabila diperlukan.

Walaubagaimanapun, kami berpendapat bahawa penggunaan sensor ini adalah sedikit terhad memandangkan sensor kamera utama juga boleh digunakan untuk mengambil gambar selfie yang lebih juga lengkap dengan previu.

Berikut adalah hasil gambar daripada kamera Samsung Galaxy Z Flip3 5G :

 

ULASAN : Samsung Galaxy Z Flip3 5G - Telefon Pintar Foldable Lebih Lasak & Lebih Mampu Milik 104

Bateri

Samsung Galaxy Z Flip3 5G tampil dengan bateri berkapasiti 3,300mAh yang sama seperti pada generasi sebelum ini.

Ini bermaksud kapasiti bateri yang sama harus menguruskan skrin paparan 120Hz, cover screen yang lebih besar dan cip pemprosesan yang lebih berkuasa.

Walaubagaimanapun, dengan mengambil kira ruang dalaman dan berat yang optimum, Samsung dilihat terpaksa mengambil keputusan untuk mengekalkan kapasiti bateri yang sama seperti generasi sebelum ini.

Ketahanan bateri Samsung Galaxy Z Flip3 5G ini ternyata tidak begitu cemerlang namun anda harus sedar bahawa ini adalah aspek yang terpaksa dikorban untuk anda memiliki telefon pintar foldable kompak seperti Galaxy Z Flip3 ini.

Beralih kepada kelajuan pengecasan, Samsung Galaxy Z Flip3 5G hadir dengan sokongan pengecasan pantas 15W dan anda juga pasti sudah tahu bahawa tiada adapter disertakan dengan pembelian.

Dengan adapter 15W, bateri berkapasiti 3,300mAh ini mengambil masa sekitar 1 jam 30 minit untuk dipenuhi sepenuhnya dan terdapat juga sokongan pengecasan tanpa wayar pada kadar 10W.

Selain itu, Samsung Galaxy Z Flip3 juga menyokong pengecasan Wireless PowerShare namun dengan bateri yang kecil ini, ianya mungkin boleh digunakan ketika kecemasan sahaja.

ULASAN : Samsung Galaxy Z Flip3 5G - Telefon Pintar Foldable Lebih Lasak & Lebih Mampu Milik 105
Pembesar suara

Satu lagi penambahan terbaru pada Samsung Galaxy Z Flip3 5G adalah pembesar suara stereo yang merupakan ciri wajib telefon pintar premium.

Kelantangan pembesar suara stereo pada Galaxy Z Flip3 adalah sangat baik dan ianya dilihat mampu menawarkan anda pengalaman audio yang imersif walaupun didalam mod skrin landskap atau mod skrin potrait.

Satu lagi ciri yang dimiliki pembesar suara ini adalah audio Dolby Atmos yang menjanjikan pengalaman audio imersif.

ULASAN : Samsung Galaxy Z Flip3 5G - Telefon Pintar Foldable Lebih Lasak & Lebih Mampu Milik 106
Penutup

Kemajuan teknologi telefon pintar foldable pada tahun ini bermaksud lebih ramai pengguna mungkin memilih untuk memiliki peranti unik seperti Galaxy Z Flip3 sebagai telefon mereka yang seterusnya.

Generasi Galaxy Z Flip kali ini bukan hanya lebih kukuh dengan pensijilan kalis air IPX8, malah Samsung juga telah mengurangkan harga jualan telefon pintar ini ke tahap yang lebih berpatutan.

Sebagai perbandingan, Samsung Galaxy Z Flip 5G hadir dengan harga RM 5,888 ketika pelancaran manakala Samsung Galaxy Z Flip3 5G pula ditawarkan pada harga RM 3,999 sahaja.

Ini bermaksud, Samsung Galaxy Z Flip3 5G adalah RM 1,889 lebih murah berbanding generasi sebelum ini.

Anda boleh mendapatkan Samsung Galaxy Z Flip3 5G pada harga RM 3,999 bagi versi 8/128GB atau tambahan RM 200 untuk mendapatkan versi 8/256GB yang ditawarkan pada harga RM 4,199.

Selain itu, setiap pra-tempahan Samsung Galaxy Z Flip3 5G sebelum 21 September akan turut menerima e-baucar bernilai RM 600 dan pelan perlindungan Samsung Care+ bernilai RM 699.

 Beli Samsung Galaxy Z Flip3 5G di Samsung Online Store

Bagi promosi mulai 22 September, anda boleh lihat di SINI.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.