Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

HUAWEI Mate 50 Series mungkin dilancarkan bulan hadapan


Beberapa bulan lalu, terdapat laporan bahawa HUAWEI tidak merancang untuk melancarkan satu lagi peranti flagship selepas pelancaran HUAWEI P50 Series pada bulan Julai.

Peranti flagship yang dimaksudkan adalah HUAWEI Mate 50 Series namun laporan dari seorang pakar di DSCC (Display Supply Chain Consultants) mendakwa bahawa peranti HUAWEI Mate Series masih didalam perancangan untuk dilancarkan pada suku ke-4 2021 atau secara spesifiknya pada bulan Oktober.

Baru-baru ini HUAWEI telah mengesahkan satu majlis pelancaran global akan berlangsung di Veinna, Austria pada 21 Oktober yang pada mulanya dilihat sebagai pelancaran global HUAWEI P50 Series.

Walaubagaimanapun dengan laporan terbaru yang bercanggah ini, majlis pelancaran ini mungkin menyaksikan HUAWEI memperkenalkan telefon pintar HUAWEI Mate 50 Series.

Selain itu, tidak banyak maklumat mengenai HUAWEI Mate 50 Series diketahui namun ia dijangka akan hadir dengan tetapan kamera yang sama seperti atau lebih baik dari HUAWEI P50 dan terdapat kemungkinan syarikat ini menggunakan cipset 4G daripada Qualcomm.

sumberĀ 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.