Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Spesifikasi realme GT Neo2 didedahkan secara rasmi

Spesifikasi realme GT Neo2 didedahkan secara rasmi 1

Spesifikasi realme GT Neo2 didedahkan secara rasmi 2
realme GT Neo2 telah disahkan akan dilancarkan pada 22 September ini dan syarikat ini telah memulakan kempen pemasaran yang mendedahkan sedikit demi sedikit spesifikasi telefon pintar ini.

Spesifikasi realme GT Neo2 didedahkan secara rasmi 3
Melalui akaun Weibo rasmi syarikat, realme telah mendedahkan maklumat penting yang telah lama diperkatakan akan ditawarkan pada realme GT Neo2.

Spesifikasi realme GT Neo2 didedahkan secara rasmi 4

Sehubungan dengan itu, realme GT Neo2 telah disahkan akan hadir dengan pemproses Snapdragon 870 dan bateri berkapasiti 5,000mAh yang menyokong pengecasan pantas 65W.

Penggunaan bateri berkapasiti 5,000mAh adalah kapasiti terbesar pernah digunakan pada siri realme GT dan ianya mampu mencapai tahap 0-100% didalam masa 36 minit sahaja.

Spesifikasi realme GT Neo2 didedahkan secara rasmi 5

Selain itu, beberapa gambar yang dimuat naik juga mengesahkan bahawa telefon pintar ini akan hadir dengan skrin paparan punch-hole 120Hz sensor tri-kamera 64MP dan antena rangkaian 360°.

Pelancaran realme GT Neo2 akan berlangsung di China didalam masa 2 hari sahaja lagi.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.