Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

ZTE Axon 30 Ultra – telefon pintar flagship Snapdragon 888 kini di Malaysia pada harga RM 3,599


ZTE Malaysia secara rasminya telah mengumumkan penawaran telefon pintar flagship terbaru syarikat ini iaitu ZTE Axon 30 Ultra yang hadir dengan cip Snapdragon 888.

ZTE Axon 30 Ultra merupakan sebuah telefon pintar flaghsip yang hadir dengan skrin paparan 144Hz , AMOLED flexible curved berukuran 6.67-inci yang memiliki resolusi FHD+ dan terdapat juga sensor capjari dibawah skrin.

Selain cip Snapdragon 888, ZTE Axon 30 Ultra juga memiliki 12GB RAM jenis UFS 3.1 dan 256GB storan dalaman jenis LPDDR5 manakala GPU adalah Adreno 660.

Beralih kepada kamera, ZTE Axon 30 Ultra hadir dengan tetapan quad-kamera yang mana ianya terdiri daripada tiga sensor 64MP iaitu sensor potret, sensor ultrawide 120°, sensor utama 64MP Sony IMX686 dan sensor ultra-zoom yang menawarkan 5x zoom optik serta 60x zoom hibrid. Kamera selfie adalah 16MP

Selain itu, sistem kamera ini juga dilengkapi dengan pemfokusan laser, mod gambar bulan, rakaman video 8K dan HDR10.


Dalam pada itu, ZTE Axon 30 Ultra juga memiliki bateri berkapasiti 4,000mAh yang juga disertakan dengan pengecasan pantas 65W (0-100% dalam 45 minit).

Lain-lain spesifikasi ZTE Axon 30 Ultra adalah WiFi 6E, antaramuka MyOS11 yang berasaskan Android 11, dwi-speaker stereo DTS, penyejukan peranti dan NFC.

ZTE Axon 30 Ultra hanya ditawarkan didalam warna hitam

Anda boleh mendapatkan ZTE Axon 30 Ultra sekarang di Shopee pada harga RM 3,599 dan ianya hadir dengan waranti 18 bulan.

Setiap pembelian ZTE Axon 30 Ultra juga akan menerima set hadiah premium bernilai RM 499 secara percuma.

Beli ZTE Axon 30 Ultra di Shopee

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.