Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Perkhidmatan e-hailing AirAsia Ride kini mula beroperasi di Lembah Klang


Syarikat tambang murah terkemuka global, AirAsia secara rasminya telah melancarkan perkhidmatan e-hailing miliknya iaitu AirAsia Ride.

AirAsia Ride akan menjadi pesaing kepada perkhidmatan e-hailing seperti Grab dan banyak lagi.

perkhidmatan e-hailing AirAsia Ride ini boleh ditempah melalui aplikasi AirAsia yang juga menempatkan pelbagai perkhidmatan yang ditawarkan oleh syarikat ini.

Buat masa ini, AirAsia Ride hanya ditawarkan di Kuala Lumpur dan Selangor namun ianya akan dikembangkan ke Pulau Pinang, Kelantan, Melaka, Johor, Sabah and Sarawak menjelang penghujung tahun 2021. Terdapat juga perancangan untuk menawarkan AirAsia Ride di negara-negara ASEAN.

Dari segi tambang, AirAsia Ride menawarkan kadar tambang serendah RM 1 setiap KM tidak termasuk bayaran tol.

Dalam pada itu, salah satu perbezaan antara AirAsia Ride berbanding perkhidmatan e-hailing yang lain adalah anda boleh memilih pemandu dari senarai pemandu yang berhampiran dan maklumat berkaitan yang lain.


Selain itu, terdapat juga pemandu Allstar Ride yang mana pemandu ini adalah yang terdiri daripada juruterbang AirAsia dan krew.

Akhir sekali, pembayaran AirAsia Ride boleh dilakukan secara tunai, kad kredit atau kad debit dengan perancangan untuk memperkenalkan pembayaran melalui mata Big Points.

Sempena pelancaran AirAsia Ride, pengguna baharu boleh menikmati potongan bernilai RM 3 bagi tempahan pertama dengan menggunakan kod AARIDE3 

 

More Stories

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.