JKJAV umum penutupan 27 PPV di Lembah Klang – Walk-In untuk Warganegara masih dibuka
Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAVMY) telah mengesahkan bahawa beberapa PPV di Lembah Klang telah ditutup dan akan ditutup secara berperingkat
Tindakan penutupan beberapa PPV ini di ambil selepas selesainya Ops Lonjakan Kapasiti Lembah Klang yang telah berjaya memvaksinasi hampir keseluruhan penduduk di Lembah Klang dengan sekurang-kurangnya satu dos vaksin.
Sebanyak 26 PPV telah tamat operasi pada 23 Ogos yang termasuk PPV Mines International Exhibition & Convention Centre (MIECC), Malaysia International Trade & Exhibition Centre (MITEC), Sunway Pyramid Convention Centre dan Setia City Convention Centre.
Dalam pada itu, pada 24 Ogos , PPV Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC 1&2) akan turut menamatkan operasinya.
Selain itu, bagi penduduk Lembah Klang yang masih belum menerima vaksin, anda boleh mendapatkan vaksinasi secara Walk-in di beberapa PPV seperti yang tersenarai dibawah termasuk di KL Convention Centre (HCO F,G & H).
Anda juga dikehendaki membawa bukti pemastautin anda di Lembah Klang seperti Kad kerja, bil utiliti atau sebarang dokumen lain yang berkaitan.
Selain itu, warganegara Malaysia yang terlepas temunjanji suntikan dos kedua juga boleh pergi ke mana-mana PPV yang tersenarai dan jika PPV tersebut tidak menawarkan vaksin jenis yang sama seperti dos 1, mereka akan dirujuk ke PPV lain.