Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

realme Book – Komputer Riba Premium Dengan Skrin 2K Vision Display – Mula ditawarkan secara Eksklusif di Shopee dari 27 Ogos ini pada harga serendah RM 2,499 sahaja

realme Book – Komputer Riba Premium Dengan Skrin 2K Vision Display – Mula ditawarkan secara Eksklusif di Shopee dari 27 Ogos ini pada harga serendah RM 2,499 sahaja.

realme merupakan syarikat telefon pintar global yang telah mencapai 100 juta penghantaran didalam sejarah pasaran telefon pintar dalam masa tiga tahun sahaja.

Walaubagaimanapun, sejarah ini telah mendorong realme untuk terus maju dan mengembangkan sayapnya ke pasaran produk AIoT, penjagaan diri dan produk elektronik untuk kehidupan seharian.

Baru-baru ini realme telah mengisytiharkan kemasukan syarikat ini ke pasaran komputer riba global dengan pelancaran realme Book.

Berita baik bagi pengguna di Malaysia adalah, realme Book kini telah disahkan untuk pasaran Malaysia sebagai antara pasaran terawal di dunia untuk menerima komputer riba pertama syarikat ini.

Apa yang patut kita sedar adalah bahawa realme Book bukan hanya dilancarkan sekadar memenuhi syarat sebagai sebuah komputer riba, ianya disasarkan untuk memberi cabaran kepada jenama komputer riba yang terbaik di pasaran. 

Berikut adalah antara kelebihan yang dimiliki oleh realme Book:

Skrin Paparan IPS 2K Vision Display berukuran 14-inci 

realme Book hadir dengan skrin paparan IPS 2K Vision berukuran 14.0-inci yang menawarkan keseimbangan antara kemudahalihan dan paparan yang cukup besar.

Selain itu, skrin paparan IPS juga memberikan realme Book sudut tontonan yang lebih lebar dan ianya juga mempunyai resolusi 2160 x 1440 piksel iaitu 1.5 kali ganda lebih piksel berbanding paparan 1080p yang biasa digunakan pada komputer riba.

Dalam pada itu, skrin paparan 2K Vision Display pada realme Book juga mempunyai lapisan gelas keselamatan Corning Gorilla Glass dan salutan oleofobik juga menjadikan skrin ini lebih tahan calar.

Nisbah Skrin 3:2: Terbaik Untuk Produktiviti

Nisbah skrin 3:2 yang dimiliki oleh skrin paparan realme Book membolehkan lebih banyak informasi dipaparkan pada perisian Microsoft Office berbanding skrin tradisional dengan nisbah 16:10 atau 16:9. 

Antara kelebihan lain, realme Book juga tidak akan memaparkan sempadan hitam pada sesebuah gambar yang memenuhi keperluan seorang jurugambar kerana imej yang dihasilkan oleh kamera adalah pada nisbah 3:2.

100% sRGB Color Gamut

gamut warna 100% sRGB yang dimiliki realme Book ini menawarkan kadar saturasi paparan yang lebih dan lebih berwarna berbanding skrin biasa dan ini dapat memaparkan lebih banyak warna untuk penggunaan pejabat, tontonan filem, dan reka bentuk.

Pemproses Intel Core i3-1115G4 & Intel Core i5-1135G7 Generasi Ke-11

 realme Book menampilkan penggunaan cip pemprosesan yang terkini di pasaran iaitu Core Intel i3-1115G4 dan Intel Core i5-1135G7 Generasi ke-11 yang diperbuat melalui proses pembuatan 10nm SuperFin yang menawarkan pengguna satu pakej cip pemprosesan yang sangat cekap tenaga dan struktur CPU + GPU yang telah dipertingkatkan.

Seterusnya, prestasi yang ditawarkan oleh cip pemprosesan ini adalah jauh lebih baik apabila dibandingkan dengan generasi sebelum ini yang memastikan realme Book dapat melaksanakan segala tugas yang dilontarkan kepadanya.

Selepas diuji dengan menyeluruh, cip Intel generasi baharu ini realme Book didapati menawarkan sehingga 26% peningkatan prestasi satu teras dan 45% peningkatan prestasi multi-core.

Hasilnya, pengguna realme Book dapat menikmati satu menguruskan tugas berat seperti permainan video, editing dan hiburan pada kelajuan yang tidak dapat anda bayangkan.

Intel Iris Xe Graphics

Bersama-sama cip pemprosesan generasi baharu Intel, realme Book juga dilengkapi dengan kad grafik Intel Iris Xe yang menawarkan 50% lebih kuasa pemprosesan grafik berbanding generasi sebelum ini malah dikatakan mampu menawarkan prestasi grafik yang lebih baik berbanding kad grafik direka khas daripada NVIDIA iaitu MX350.

Akhir sekali, realme Book dengan GPU Intel Iris Xe membolehkan akan menikmati prestasi grafik yang konsisten di dalam setiap tugas yang dilakukan.

Sistem Penyejukan Dual-fan Storm 

Memiliki sebuah komputer riba dengan kuasa pemprosesan yang tinggi tanpa sistem penyejukan yang efektif sudah pasti akan memberikan kesan kepada penggunaan harian.

Bagi mengatasi masalah pemanasan peranti ini, realme Book telah disertakan dengan sistem penyejukan inovatif yang dikenali sebagai Dual-Fan Storm.

Sehubungan dengan itu, sistem penyejukan Dual-Fan Storm ini memiliki dua paip haba berdiameter 8mm, dua kipas berkelajuan tinggi dan reka bentuk “Wing” yang sangat cekap meningkatkan kapasiti penyejukan peranti membolehkan realme Book sentiasa beroperasi pada tahap terbaik.

Lebih-lebih lagi, realme Book juga dilengkapi beberapa teknologi anti-bunyi yang memastikan operasi komputer riba ini tidak mengeluarkan sebarang bunyi walaupun ketika digunakan untuk tugas yang paling mencabar kemampuan peranti.

Ini membolehkan anda sentiasa fokus pada kerja dan memastikan produkiviti dan kreativiti anda dapat diterjemahkan tanpa sebarang gangguan.

Reka Bentuk Premium 

Chasis Aloi Aluminum 

realme Book tampil dengan reka bentuk chasis yang diperbuat daripada aloi aluminum yang menjadi kenyataan melalui pemotongan Istimewa CNC, sandblasting dan proses anodisasi.

Dalam pada itu, proses pembuatan realme Book adalah sangat kompleks dimana ianya melibatkan  lebih daripada 30 proses. realme Book juga mempunyai logo dengan kemasan seperti cermin yang elegan dan premium.

Hasilnya adalah realme Book menjadi antara komputer riba 14-inci yang paling nipis dan ringan dipasaran dengan ketebalan 14.9 milimeter dan berat hanya 1.38kg.

realme Book tampil di dalam dua warna yang trendy dan premium iaitu Real Grey dan Real Blue.

Pembesar Stereo daripada DTS(2 pembesar suara HARMAN)

realme Book juga tampil dengan dua pembesar suara HARMAN yang menyokong kesan bunyi stereo DTS HD yang memberikan anda pengalaman visual-audio yang imersif.


Harga dan Promosi Jualan 

realme Book akan ditawarkan secara eksklusif di Shopee mulai 27 Ogos ini dimana versi i3 akan ditawarkan pada harga RM 2,499 sahaja iaitu dengan diskaun RM 500 manakala realme Book versi i5 8/512GB pula akan ditawarkan pada harga RM 3,499 dengan jaminan selama 2 tahun.

realme Book i3 8GB/256GB – RM 2,999 (RM 2,499 di Shopee pada 27 Ogos).

beli realme Book i3 di Shopee

realme Book i5 8GB/512GB – RM 3,499

beli realme Book i5 di Shopee

Jika anda lebih berminat untuk pembelian di stor, suka kami maklumkan bahawa realme Book varian i5 8GB/512GB akan turut ditawarkan di SENHENG, Courts, dan semua realme Authorized Stores bermula 27 Ogos ini.

Dalam pada itu, bagi pengguna yang mahu mendapatkan realme Book dengan kapasiti RAM yang lebih besar, realme dijangka akan menawarkan realme Book varian 16GB/512GB untuk pasaran Malaysia tidak lama lagi.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.