Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

HUAWEI Nova 8 dengan skrin OLED 90Hz dan Quad-Kamera 64MP akan dilancarkan di Malaysia pada 27 Ogos ini


HUAWEI secara rasminya telah mengumumkan bahawa HUAWEI Nova 8 akan dilancarkan di Malaysia pada 27 Ogos ini.

HUAWEI Nova 8 akan tiba ke pasaran Malaysia selepas HUAWEI Nova 8i dilancarkan ke pasaran tempatan bulan lalu.


HUAWEI Nova 8 akan hadir dengan skrin paparan 90Hz Curved OLED berukuran 6.57-inci demgan resolusi FHD+, pemproses Kirin 820E, 8GB RAM dan 128GB storan dalaman.


Selain itu, HUAWEI Nova 8 juga hadir dengan tetapan quad-kamera yang terdiri daripada sensor utama 64MP, sensor ultrawide 8MP, sensor depth 2MP dan sensor makro 2MP. Kamera selfie adalah 32MP.


Dalam pada itu, HUAWEI Nova 8 juga hadir dengan bateri berkapasiti 3,800mAh yang juga menyokong pengecasan pantas HUAWEI SuperCharge 66W.

Lain-lain spesifikasi HUAWEI Nova 8 adalah sensor capjari dalam skrin, EMUI 12, NFC, sistem penyejukan 3D Graphene dan Always On Display.

HUAWEI Nova 8 akan ditawarkan didalam warna Blush Gold namun buat masa ini harga jualan telefon pintar ini masih belum diketahui.

maklumat lanjut di HUAWEI Malaysia 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.