Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

OnePlus dilihat bakal mengumumkan telefon pintar foldable konsep mereka hari ini


Pada hari ambang pelancaran Samsung Galaxy Unpacked 2021, OnePlus telah mengeluarkan satu teaser mengenai pengumuman telefon pintar foldable mereka yang tersendiri.

Video pendek berdurasi 16 saat yang dimuat naik di akaun Twitter @OnePlus_USA mendedahkan satu telefon pintar OnePlus akan diumumkan pada waktu yang sama Samsung melancarkan telefon pintar Samsung Galaxy Z Fold3 dan Galaxy Z Flip3.

Berdasarkan teaser ini, kita boleh merumuskan bahawa telefon pintar ini mungkin model konsep telefon pintar foldable daripada OnePlus yang mempunyai dua skrin dan disambungkan dengan satu engsel.

Selain daripada itu, berdasarkan video ini juga boleh disimpulkan bahawa telefon pintar OnePlus didalam video ini tidak mempunyai skrin paparan yang boleh dilipat seperti yang ditawarkan oleh Samsung melalui Galaxy Z Fold Series.

Persoalan mengenai telefon pintar misteri OnePlus ini akan terjawab lewat malam ini.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.