Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Saksikan Samsung Galaxy Unpacked Pre-Party di YouTube Samsung Malaysia pada jam 9 malam ini


Detik pelancaran Samsung Galaxy Unpacked kini terasa dan bagi meningkatkan lagi kehangatan pelancaran ini, Samsung Malaysia mengajak anda menonton siaran langsung
The Pre-Party yang akan bermula pada jam 9 malam ini di Samsung Malaysia YouTube


Siaran langsung Pre-Party akan membekalkan anda informasi tentang Majlis Pelancaran Unpacked dan parti ini akan dihoskan oleh Jin (@jinnyboy) dan Alexis (@alexissueann).

Selain itu, Pre-Party ini akan turut disertai oleh barisan artis terkemuka tempatan seperti Alif Satar (@alifsatar), Daiyan Trisha (@daiyantrisha), Josephine Yap (@jyjosephine), Marianne Tan (@mariannetpy), DOLLA girls: Sabronzo DOLLA (@sabronzo), Angel DOLLA (@bbyqngel), Tabby DOLLA (@tabbybabyyy) dan Syasya DOLLA (@syasya.rzl).

Mereka akan membincangkan mengenai harapan mereka terhadap telefon pintar Galaxy yang seterusnya dengan memberikan beberapa maklumat yang menyeronokkan.

 The Samsung Galaxy Unpacked 2021: Get ready to unfold akan bersiaran secara langsung pada tarikh seperti berikut :

Tarikh : 11 Ogos 2021 (Rabu)

Waktu: 10:00Mlm (Malaysia)  

Pautan Tontonan: www.samsung.com/my, Samsung Malaysia YouTube, Samsung Malaysia Facebook dan Samsung Malaysia Newsroom

 Jangan lupa untuk mendaftar minat di https://www.samsung.com/my/unpacked/ untuk menerima baucar Samsung bernilai RM 300 yang boleh digunakan selepas anda menempah telefon pintar Galaxy yang seterusnya.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.