Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Oppo lancarkan generasi baharu sensor kamera selfie dalam skrin

Oppo lancarkan generasi baharu sensor kamera selfie dalam skrin 1

Oppo lancarkan generasi baharu sensor kamera selfie dalam skrin 2
Oppo secara rasminya telah memperkenalkan generasi baharu teknologi under-screen camera (USC) yang akan digunakan pada telefon pintar Oppo.

Dengan kombinasi inovasi komponen dan algoritma khas Oppo, teknologi sensor kamera dibawah skrin membolehkan kamera selfie telefon pintar kini terletak dibawah skrin tanpa menjejaskan integriti dan konsistensi keseluruhan skrin ketika dan semasa sensor kamera ini digunakan.

Oppo lancarkan generasi baharu sensor kamera selfie dalam skrin 3

Selain itu, generasi baharu USC juga menjanjikan keseimbangan antara kualiti skrin dan kualiti imej tanpa sebarang kompromi.

Dengan pelbagai kemajuan teknologi, Oppo berjaya menyelesaikan pelbagai isu yang timbul seperti kualiti imej yang rendah akibat halangan daripada skrin, ketahanan sensor, kualiti skrin yang tidak konsisten dan banyak lagi.

Oppo lancarkan generasi baharu sensor kamera selfie dalam skrin 4

Teknologi sensor kamera dibawah skrin dijangka akan digunakan pada telefon pintar Oppo yang memasuki pasaran tidak lama lagi.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.