Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Honor X20 dengan skrin 120Hz dan pengecasan 66W akan dilancarkan pada 12 Ogos ini


Honor secara rasminya telah mengesahkan bahawa Honor X20 akan dilancarkan pada 12 Ogos ini dan ianya adalah model kedua didalam siri ini selepas Honor X20 SE dilancarkan pada bulan Jun yang lalu.

Selain itu, akaun Weibo Honor juga telah memuatnaik imej telefon pintar ini yang sedikit sebanyak telah mendedahkan reka bentuk telefon pintar ini yang mempunyai sensor tri-kamera 64MP manakala pada bahagian hadapan terdapat sensor kamera selfie di sisi atas kiri skrin.

Selain itu, Honor X20 juga akan hadir dengan sensor capjari dibahagian sisi yang memberikan kemungkinan ianya tampil dengan skrin paparan LCD.

Selain itu, Honor juga telah mengesahkan bahawa Honor X20 skrin paparan ini akan memiliki kadar segar semula 120Hz selain sokongan 5G (cip 6nm) dan pengecasan pantas 66W.

Pelancaran rasmi Honor X20 akan berlangsung pada minggu hadapan yang mana ianya adalah untuk pasaran China dan mempunyai kemungkinan besar akan eksklusif di China sahaja.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.