Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Google Pixel 6 Pro dan Pixel 6 akan mula ditawarkan di 8 negara sekitar bulan September 2021

Selepas mengesahkan beberapa maklumat memgenai Google Pixel 6 Pro dan Google Pixel 6, syarikat gergasi ini kini telah memberikan senarai negara dan bila telefon pintar ini akan mula ditawarkan.

Google secara rasminya telah mengesahkan bahawa Pixel 6 Pro dan Pixel 6 akan ditawarkan di 8 negara iaitu Australia, Kanada, Perancis, Jerman, Jepun, Taiwan, Amerika Syarikat dan United Kingdom.

Google Pixel 6

Walaubagaimanapun, Google tidak mendedahkan bila generasi terbaru telefon pintar Pixel ini akan mula dijual namun secara kasarnya berkata ianya akan dijual pada September atau suku ke-4 2021.

Selain itu, terdapat juga kemungkinan bahawa senarai negara yang akan menerima Pixel 6 Pro dan Pixel 6 ditambah selepas pelancaran awal ini.

Google Pixel 6 Pro

Dalam pada itu, Google Pixel 6 dilaporkan akan hadir dengan skrin paparan FHD+ 90Hz manakala Pixel 6 Pro akan tampil dengan skrin paparan QHD+ 120Hz.

Bagi kita di Malaysia, situasi masih sama seperti sebelum ini dimana kita masih perlu bergantung kepada pengedar tempatan yang membawa masuk telefon pintar ini.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.