Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Ciri Penghantaran Video dan Imej View Once di WhatsApp kini ditawarkan kepada pengguna Android dan iOS


WhatsApp secara rasminya telah mula menawarkan ciri penghantaran video dan imej yang boleh dilihat satu kali sahaja.

Ciri WhatsApp  “View Once” ini pada mulanya telah diuji melalui versi beta kepada pengguna Android namun kini ciri ini telah ditawarkan kepada semua pengguna WhatsApp Android dan iOS.

Ini bermaksud setiap gambar dan video yang dihantar akan terpadam sejurus selepas media berkenaan dilhat dan ditutup.

Dalam pada itu, mesej yang dihantar melalui ciri ini juga tidak akan mempunyai previu pada ruang notifikasi di lock screen.

Ciri mesej View Once ini boleh dihantar kepada chat invidu atau kumpulan dan ianya boleh diaktifkan dengan menekan angka ‘1’ bersebelahan butang ‘sent’.

Walaubagaimanapun, WhatsApp masih tidak menawarkan sebarang perlindungan daripada screenshot atau rakaman video walaupun ciri ini diaktifkan.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.