Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

ZTE Axon 30 akan memasuki pasaran global pada bulan September


ZTE baru-baru ini telah melancarkan ZTE Axon 30 ke pasaran China dan syarikat ini telah mengesahkan bahawa pelancaran antarabangsa telefon pintar ini akan berlangsung pada bulan September.

Pengesahan ini telah diberikan melalui akaun Twitter rasmi syarikat ini namun tarikh pelancaran global ini masih belum diumumkan.

ZTE Axon 30 adalah telefon pintar terbaru syarikat ini selepas ZTE Axon 30 Ultra dan ianya hadir dengan sensor kamera selfie 16MP dibawah skrin yang merupakan generasi kedua teknologi Under Display Camera.

Selain itu. ZTE Axon 30 juga hadir dengan skrin paparan OLED 120Hz berukuran 6.92-inci, cip Snapdragon 870 5G dan sensor kamera utama 64MP.

Seperti ZTE Axon 30 Ultra yang ditawarkan di Malaysia pada harga RM 3,599, ZTE Malaysia dijangka akan menawarkan ZTE Axon 30 di pasaran tempatan.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.