Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Playdate – konsol permainan mesra poket yang dikilangkan di Malaysia


Panic, syarikat yang terkenal didalam penawaran pelbagai aplikasi untuk Apple iPhone, iPad dan Mac telah mengumumkan pembukaan pra-tempahan bagi sistem permainan Playdate.

Panic telah membuka pra-tempahan bagi 20,000 unit Playdate yang akan mula dihantar lewat tahun 2021 namun kesemua stok ini telah habis terjual namun pra-tempahan masih dibuka dengan unit bagi pusingan ini hanya akan dihantar pada tahun 2022.

Playdate adalah sistem permainan video mesra poket yang tampil dengan reka bentuk istimewa dimana ianya menggunakan skrin paparan hitam putih, chasis berwarna kuning, satu d-pad, butang A+B dan engkol di sisi yang berfungsi sebagai pengawal putaran flip-out.

Playgate akan tampil dengan 20 jenis permainan tersedia yang dibangunkan oleh Zach Gage, Shaun Inman, Bennett Foddy, dan Keita Takahashi.

Selain itu, Panic juga menjanjikan satu permainan baharu setiap minggu untuk tempoh beberapa bulan dan Playdate juga mempunyai sambungan Bluetooh, Wi-Fi, slot USB-C untuk pengecasan dan bicu audio 3.5mm.

Bagi yang berminat, Playdate ini boleh di pra-tempah pada harga $179  (RM 755) di laman rasmi Playdate.

Penghantaran ke Malaysia tidak ditawarkan di Malaysia namun Playdate dilaporkan dikilangkan di Malaysia dan terdapat juga borang kajian bagi peminat Playdate di Malaysia.

More Stories

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.