Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Xiaomi Redmi Note 10S Edisi Starlight Purple tiba di Malaysia 3 Ogos ini pada harga RM 899

Xiaomi telah mengumumkan penawaran Redmi Note 10S Starlight Purple dan Redmi 9C varian yang lebih besar di pasaran Malaysia.

Xiaomi Redmi Note 10S Starlight Purple akan ditawarkan di Malaysia pada harga RM 899 iaitu didalam varian 8/128GB dan jualan akan bermula pada 3 Ogos 2021.

Xiaomi Redmi Note 10S

Redmi Note 10S hadir dengan skrin paparan FHD+ AMOLED DotDisplay berukuran 6.43-inci, bateri 5,000mAh dengan 33W Fast Charging, Dual-speaker dan pensijilan IP53.

Selain itu, Xiaomi Redmi Note 10S juga menampilkan sensor utama 64MP, sensor ultrawide 118°, sensor telemakro 5MP dan sensor depth 2MP.

Pada bahagian dalaman, Redmi Note 10S juga hadir dengan pemproses MediaTek Helio G95 yang dipadankan  8GB RAM manakala storan dalaman adalah 128GB jenis UFS 2.2 WriteBooster.

Xiaomi Redmi 9C

Xiaomi Redmi 9C pula adalah telefon pintar kelas entry-level yang kini akan ditawarkan dengan 4GB RAM dan 128GB RAM dengan harga jualan yang amat berpatutan iaitu hanya RM 499.

Redmi 9C (4/128GB) akan ditawarkan mulai 3 Ogos ini didalam tiga warna iaitu Midnight Gray, Sunrise Orange dan Twilight Blue.

Pembelian Xiaomi Redmi Note 10S Starlight Purple dan Redmi 9C ini boleh dibuat secara offline di Authorized Mi Stores dan wakil pengedar rasmi di seluruh Malaysia.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.