Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

HUAWEI P50 Pro dinobatkan telefon pintar dengan kamera terbaik oleh DxOMark


Susulan daripada pelancaran HUAWEI P50 Series malam semalam, DxOMark telah mengeluarkan ulasan kamera telefon pintar yang dikatakn hadir dengan sistem kamera terbaik pada telefon pintar.

Tidak mengejutkan kerana ini adalah apa yang telah disahkan sendiri oleh DxOMark kerana telefon pintar HUAWEI P-Series ini telah menerima 144 mata keseluruhan manakala kamera selfie 13MP pada telefon pintar ini juga berjaya memperoleh mata yang agak baik iaitu 106 mata.

DxOMark memuji sensor utama 50MP HUAWEI P50 Series ini selain sensor monokrom 40MP yang dikatakan menawarkan hasil gambar terbaik didalam kelas dengan warna,  jarak dinamik dan ketelitian gambar yang tinggi.

Selain itu, kualiti sensor periskop 64MP yang ditawarkan pada HUAWEI P50 Pro juga merupakan kelebihan yang dimiliki telefon pintar ini dan ianya juga ditunjukkan pada fotografi malam.

Akhir sekali, prestasi video pada HUAWEI P50 Series juga tidak kurang hebatnya dimana P50 Pro memperoleh 116 mata didalam ujian video manakala P50 memperoleh 96 mata.

Berikut adalah senarai 5 telefon pintar dengan kamera terbaik menurut carta DxOMark :

1. HUAWEI P50 Pro 144 mata

2. Xiaomi Mi 11 Ultra 143 mata

3. HUAWEI Mate 40 Pro+ 139 mata

4. HUAWEI Mate 40 Pro 133 mata

5. Xiaomi Mi 10 Ultra 133 mata

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.