Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

YOODO GANK: Knockout Series telah bermula


Musim Kedua Yoodo Gank:
Knockout Series kini kembali dengan pertempuran kalah mati yang lebih epik dan serba baharu!

Dikuasakan oleh Yoodoperkhidmatan mudah alih digital sepenuhnya dan boleh diubahsuai yang pertama di Malaysia, Musim Kedua ini membawakan peminat PUBG MOBILE ke satu medan pertempuran untuk mereka bermain bersama atau menentang pasukan handalan, Yoodo Gank!

Pendaftaran untuk perlawanan tersebut kini dibuka di mana satu pasukan dengan empat pemain akan mendaftar sebagai Pasukan Pencabar.

Salah satu daripada ahli bagi setiap pasukan mestilah seorang pengguna berdaftar Yoodo.

Pasukan yang layak akan bertarung menentang 16 kumpulan yang lain termasuk Yoodo Gank dalam 3 pusingan bagi keseluruhan perlawanan.

Paling menarik, dua pemain bertuah juga akan berpeluang menjadi sebahagian daripada pasukan Yoodo Gank sepanjang tempoh perlawanan tersebut.

Chow Tuck Mun, Ketua Yoodo berpendapat bahawa peminat PUBG MOBILE adalah kumpulan yang paling bersemangat dalam komuniti esukan di Malaysia. “Yoodo amat berbesar hati atas sokongan berterusan diterima daripada mereka sepanjang penganjuran perlawanan PUBG MOBILE yang ditaja Yoodo, manakala Yoodo Gank pula semakin diminati para peminat dari komuniti esukan tempatan.

Dengan itu, kami ingin mengambil peluang ini untuk mengukuhkan lagi hubungan dengan meletakkan pasukan tersebut bersama-sama pasukan lain supaya kita lebih dekat dengan komuniti,” kata Chow.

ManParang, Kapten Yoodo Gank, mengajak peminat PUBG MOBILE untuk menyertai pasukan tersebut sebagai Pemain VIP dan bersama-sama membantu mereka memenangi perlawanan. 

Musim pertama Knockout Series yang lalu telah berjaya mencungkil bakat terbaik dalam gaming dan untuk kali ini  pasti akan ada lebih ramai lagi pemain terbaik yang akan muncul.

Musim Kedua Yoodo Gank: Knockout Series akan berlangsung pada 23 Julai 2021 dan semua pasukan akan mendaftar masuk pada pukul 7.30 malam.

Buat tontonan semua peminat PUBG, perlawanan penuh juga akan disiarkan melalui strim secara langsung di saluran Yoodo Esports, satu laman Facebook ditubuhkan khusus oleh Yoodo untuk semua perkara berkaitan esukan dan gaming.

Untuk maklumat lanjut, kunjungi Yoodo Esports diwww.facebook.com/yoodoesports atau layari laman sesawang rasmi Yoodo di www.yoodo.com.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.