Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung Galaxy M21 2021 Edition kini rasmi – telefon pintar bajet terbaru Samsung


Samsung secara rasminya telah melancarkan Galaxy M21 2021 Edition dan ianya adalah model pengganti kepada Galaxy M21 yang dilancarkan pada bulan Mac yang lalu.

Samsung Galaxy M21 2021 Edition hadir dengan skrin paparan Super AMOLED FHD+ berukuran 6.4-inci, pemproses Exynos 9611, dua konfigurasi RAM dan storan dalaman iaitu 4/64GB dan 6/128GB.

Selain itu, Galaxy M21 2021 juga hadir dengan sensor kamera utama 48MP Samsung GM2, sensor ultrawide 8MP dan sensor depth 5MP. Kamera selfie adalah 20MP.

Beralih kepada bateri pula, Samsung Galaxy M21 2021 Edition ini juga memiliki bateri berkapasiti 6,000mAh dengan pengecasan pantas 15W dan sensor capjari dibelakang.

Samsung Galaxy M21 2021 Edition akan ditawarkan didalam dua warna iaitu Charcoal Black dan Arctic Blue.

Berikut adalah Samsung Galaxy M21 2021 Edition di India :

Samsung Galaxy M21 2021 Edition 4/64GB – INR 12,499 (RM 710)

Samsung Galaxy M21 2021 Edition 6/128GB – INR 14,499 (RM 823)

Buat masa ini Samsung Galaxy M21 2021 Edition hanya ditawarkan di India.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.