Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Yoodo redakan tekanan ‘Lockdown’ melalui Video Khas Merdeka


Dalam
keadaan semasa di mana ramai masih kekal berada di rumah dan mungkin terpisah secara fizikal dari keluarga atau rakan-rakan, Yoodo perkhidmatan mudah alih digital 100% pertama di Malaysia ingin menyatakan bahawa anda tidak pernah bersendirian.

Untuk kempen Merdeka Yoodo tahun ini, syarikat telekomunikasi tersebut telah melancarkan Bila Larut Lockdown, sebuah video yang menengahkan perasaan terasing yang menyelubungi rakyat Malaysia, kesan daripada lockdown yang berpanjangan.

Video tersebut menunjukkan seorang lelaki yang tinggal bersendirian berkali-kali menolak cubaan rakannya untuk bertanya khabar dan bersembang melalui telefon.

Kemudiaanya dia dilihat mula berbual-bual dengan perabut di rumahnya. Apa yang menyusul adalah mesej mengenai betapa pentingnya untuk kita terus berhubung bersama keluarga dan rakan-rakan.  

Rakyat Malaysia terdiri daripada masyarakat majmuk yang berkongsi dan menikmati budaya masing-masing melalui perlbagai cara termasuk makanan, perayaan dan juga hiburan.

Melalui video ini Yoodo ingin menggalakkan rakyat Malaysia untuk saling berhubung dan bertanya khabar antarasatu sama walaupun kita menghadapi masa yang sukar.

Pada masa yang sama, Yoodo juga ingin meraikan pengguna baharu dan sedia ada dengan hadiah istimewa melalui kempen Merdeka From Home.

Pengguna baharu yang berbelanja sekurang-kurangya sebanyak RM20 untuk pelan mudah alih yang boleh diubah suai mereka serta mereka yang beralih daripada rangkaian sedia ada kepada Yoodo dalam tempoh kempen ini berpeluang untuk memenangi hadiah menarik seperti televisyen 65-inci Samsung 4K UHD Smart TV, Nintendo Switch, Samsung Galaxy Tab S7 dan banyak lagi!

Kempen Merdeka From Home akan berakhir pada 30 September dan pemenang mingguan akan di pilih secara rawak.
Untuk maklumat lanjut mengenai kempen ini, kunjungi laman sesawang Yoodo

Tonton video Bila Larut Lockdown di bawah :

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.