Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Pendaftaran Vaksin Covid-19 bagi Kanak-Kanak 12 Tahun ke atas dan Remaja kini di buka melalui MySejahtera

Pendaftaran Vaksin Covid-19 bagi Kanak-Kanak 12 Tahun ke atas dan Remaja kini di buka melalui MySejahtera 3
Kerajaan Malaysia kini telah membuka Pendaftaran bagi mendapatkan suntikan vaksin Covid-19 terhadap kanak-kanak berusia 12 tahun dan pendaftaran ini boleh dilakukan di Aplikasi MySejahtera.

Perkara ini juga telah disahkan oleh Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (CITF).

Selain itu, pada peringkat permulaan, hanya pelajar yang lahir pada 2003 dan akan menyambung pelajaran ke luar negara diberikan keutamaan.

Selain itu, kanak-kanak dan remaja yang mempunyai komorbiditi juga akan diberikan keutamaan untuk mendapatkan vaksin COVID-19.

Pendaftaran kini telah dibuka namun bila pemberian vaksin kepada kanak-kanak ini akan berlangsung  mungkin bergantung kepada bekalan dan fasa yang ditetapkan CITF.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.