Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Yoodo RSG MLBB berjaya menjuarai kejohanan Moonton Mobile Legends: Bang Bang MPL Malaysia musim ke-7


Selepas pertempuran yang sengit pada peringkat playoff, Yoodo RSG MLBB – pasukan Mobile Legends: Bang Bang yang disokong oleh Yoodo, perkhidmatan mudah alih digital 100% pertama di Malaysia, telah dinobatkan sebagai juara  Moonton Mobile Legends: Bang Bang MPL Malaysia Musim 7 ( MPL S7).

Pasukan ini juga membawa pulang hadiah utama dari hadiah bernilai USD 100,000 dan juga tempat di Mobile Legends: Bang Bang Southeast Asia Cup yang akan berlangsung tidak lama lagi.

Pasukan yang terdiri daripada Rush (Herwin Baharuddin), Logan (Abdul Wandi), Izanami (Mohammad Irwandy), Zacus (Ahmad Zaki Ibrahim) Leixia (Ahmad Ali Huzaifi), Zaraki (Jamil), Rush (Herwin), Kaizer (Isme Haqeem), Lolealz (Ealtond Rayner), dan Syno (Mohamad Amir Afdhal), muncul dengan kejuaraan setelah menewaskan 9 pasukan lain sepanjang kejohanan.

Dalam kejohanan yang menyaksikan Yoodo sebagai Telco Digital Rasmi, Yoodo RSG MLBB mempunyai rekod tanpa kalah dalam playoff.

Walaubagaimanapun, pada pertandingan Grand Final menentang Todak, pasukan ini tewas dua pusingan awal sebelum berjaya memenangi empat perlawanan berturut-turut dan membawa pulang kejuaraan.

Selain itu, Lolealz RSG juga dinobatkan sebagai Pemain playoff terbaik (MVP).

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.