Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Malaysia luluskan penggunaan vaksin Sinopharm dan Johnson & Johnson


Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) hari ini telah meluluskan penggunaan secara kecemasan vaksin COVID-19 Sinopharm dan Johnson & Johnson untuk digunakan di Malaysia.

Kelulusan ini telah diberikan pada Mesyuarat Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) kali ke-361 telah bersidang pada hari ini, 16 Julai 2021.

Dua jenama Vaksin yang menerima kelulusan  pendaftaran bersyarat untuk kegunaan semasa bencana adalah seperti berikut :

1. COVILO – merupakan vaksin yang dibangunkan oleh China National Biotec Group Company Limited (CNBG), Sinopharm, yang juga dikenali sebagai vaksin COVID-19 Sinopharm.
2. Janssen COVID-19 Vaccine Suspension for Injection yang dikilangkan oleh Janssen Pharmaceutica N.V., Belgium

Kelulusan pendaftaran bersyarat  ini memerlukan maklumat kualiti, keselamatan dan keberkesanan produk vaksin tersebut dipantau dan dinilai berdasarkan data-data terkini dari semasa ke semasa.

Ini bagi memastikan perbandingan manfaat-risiko (benefit over risk) bagi produk-produk vaksin tersebut kekal positif.

Dalam pada itu, vaksin Sinopharm dijangka hanya akan digunakan pada pasaran swasta sahaja.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.