Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Celcom dan HUAWEI perkenal rangkaian Smart 8T8R FDD komersial berskala besar pertama dunia – kurangkan kesesakan trafik rangkaian

Celcom dan HUAWEI perkenal rangkaian Smart 8T8R FDD komersial berskala besar pertama dunia - kurangkan kesesakan trafik rangkaian 1

Celcom dan HUAWEI perkenal rangkaian Smart 8T8R FDD komersial berskala besar pertama dunia - kurangkan kesesakan trafik rangkaian 2
Celcom Axiata Berhad (Celcom)
dan Huawei Technologies Malaysia Sdn Bhd (Huawei) menggunakan rangkaian Smart 8T8R FDD komersial berskala besar pertama dunia untuk menangani pertumbuhan pesat trafik data dan kesesakan rangkaian di bandar-bandar utama.

Ini akan memastikan Rangkaian 4G Celcom menyediakan pengalaman yang mudah dan lancar kepada para pelanggan dalam tempoh peralihan kepada 5G apabila ia dilancarkan kelak.
Celcom dan HUAWEI perkenal rangkaian Smart 8T8R FDD komersial berskala besar pertama dunia - kurangkan kesesakan trafik rangkaian 2

Inisiatif rangkaian Smart 8T8R merupakan sebahagian daripada pelaburan rangkaian dipacu Celcom bernilai lebih RM250 juta, yang juga membawa kepada pengurangan awal kesesakan trafik rangkaian dalam menjana perkhidmatan dan pengalaman rangkaian yang konsisten sejak bulan Disember 2020.

Celcom dan HUAWEI perkenal rangkaian Smart 8T8R FDD komersial berskala besar pertama dunia - kurangkan kesesakan trafik rangkaian 4
Dengan
pandemik dan PKP memacu pendigitalan dalam kalangan rakyat Malaysia dengan lebih rancak, Celcom mencatatkan hampir 70% pertumbuhan trafik data dengan 474 juta GB, berbanding dengan suku pertama tahun 2021. Penggunaan data setiap bulan bagi setiap pengguna juga meningkat sebanyak 46.1% secara tahunan (YoY) dengan 21.8GB setiap bulan bagi setiap pengguna berbanding dengan 14.9GB setiap bulan bagi setiap pengguna setahun sebelumnya.  

Penggunaan teknologi rangkaian Smart 8T8R Huawei meningkatkan kapasiti rangkaian 4T4R Celcom yang sedia ada sebanyak hampir 80%, sekali gus mengurangkan kesesakan trafik rangkaian dan menghasilkan pengalaman pengguna yang bertambah baik terhadap rangkaian 4G paling meluas Celcom.

Teknologi rangkaian Smart 8T8R FDD Huawei memaksimumkan potensi kedua-dua tapak sedia ada dan pelbagai sumber spektrum untuk menambah baik dengan ketara kapasiti mudah alih dan pengalaman pengguna.

Teknologi Smart 8T8R FDD menggabungkan  antena yang ditentukan perisian (software-defined antennas, SDA) dan FDD(Frequency Division Duplex) RRU (Remote Radio Units) dwiband, selain algoritma inovatif Huawei untuk menyokong penaiktarafan atas permintaan (on-demand) seperti penyesuaian perisian, yang menghasilkan potensi perkakasan maksimum untuk memenuhi pertumbuhan data yang pesat dan permintaan kapasiti rangkaian 4G.

Teknologi Smart 8T8R juga menampilkan perisian PowerBoosting yang menyokong pengurusan kuasa termaju untuk stesen utama bagi mencapai kelebihan liputan tambahan dan membawakan penjimatan OPEX dengan perbelanjaan yang lebih kecil ke atas tenaga.  

Sehingga kini, Celcom telah menggunakan beberapa tapak 8T8R diKuala Lumpur, Selangor, Perak dan Pulau Pinang. Tapak-tapak 8T8R juga akan menyokong tapak-tapak 4T4R sedia ada di kawasan luar bandar dan bandar,  sekali gus melegakan kesesakan trafik rangkaian, dan memberikan pengalaman rangkaian yang konsisten kepada semua pengguna Celcom.

Celcom juga akan menaik taraf lebih banyak tapak 4G dengan teknologi 8T8R di seluruh negara.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.