Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Oppo Reno6 Z dan Reno6 akan dilancarkan di Malaysia tidak lama lagi


OPPO secara rasminya telah mengesahkan bahawa Oppo Reno6 Series akan memasuki pasaran Malaysia tidak lama lagi dan sebanyak dua model akan diperkenalkan iaitu Reno6 Z dan Reno 6.

Oppo Reno6 Series akan tampil dengan ciri yang membolehkanya menerima gelaran potrait expert iaitu Bokeh Flare Portrait dan rakaman video Cinematic Bokeh Flare Portrait.

Selain itu, Oppo Reno6 Series juga hadir dengan rakaman video AI Highlight yang membolehkan anda mengambil video potrait yang lebih terang, jelas dan vivid.

Akhir sekali, Oppo Reno6 Series juga dijangka akan menawarkan sokongan rangkaian 5G pada kedua-dua model ini iaitu dengan menggunakan cip MediaTek Dimensity 800U pada Reno6 Z dan Dimensity 900 pada Reno6.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.