Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Pelancaran Global Honor akan diadakan pada 12 Ogos – Honor 50 Series dengan GMS mungkin dilancarkan


Bulan lalu, Honor telah memperkenalkan telefon pintar Honor 50 Series yang merupakan telefon pintar flagship pertama syarikat ini selepas dijual oleh HUAWEI.

Walaubagaimanapun, pelancaran Honor 50 Series ini adalah terhad kepada pasaran China namun perkara ini mungkin berubah tidak lama lagi kerana Honor bakal mengadakan satu majlis pelancaran global pada 12 Ogos 2021.

@OnLeaks telah mendedahkan perkara ini dan kita mungkin menyaksikan pelancaran global Honor 50 Series yang akan tampil dengan Google Mobile Services.

Selain itu, Honor 50 Series juga telah disahkan akan memasuki pasaran Malaysia dan pelancaran global ini mungkin memberikan kita tarikh sebenar bila ianya akan sampai ke tanah air kita.

Honor 50 Pro & Honor 50 kini rasmi dengan Skrin OLED 120Hz, Snapdragon 778G & Pengecasan 100W

Dalam pada itu, Honor mungkin juga menyimpan beberapa kejutan kepada kita kerana syarikat ini juga telah mengesahkan akan menjadi antara pengguna terawal cip Snapdragon 888 Plus pada telefon pintar Magic3 Series.

Buat masa ini masih belum ada sebarang pengesahan rasmi daripada Honor mengenai pelancaran global ini.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.